Monday, June 25, 2012

sisters :)

assalamualaikum and hello there world.

So, hows life? *boo sikit dekat aku. Apparently, aku yg mcm takde life. *sigh. Sebab takde life tu la yang nak update entry. Tetiba ada idea je kan. Tetiba. Serius tetiba. Rasa loser je sekarang ni bila duduk rumah takde buat apa, tak kerja, makan banyak, tidur pun sama banyak, exercise takde. Ciri-ciri orang gemuk laa tu, tapi serius dah gemuk sikit. Sikit laa. Aku cakap sikit je ok, jangan nak memandai bayangkan badan aku macam tong dram ke, rikishi ke, mohon jangan. Sangat lah tak best jadi satu2 nya anak perempuan. Takde kakak, takde adik. Blerghhh, takde teman gossip ke share baju ke. Kadang-kadang aku teringin nak ada perasaan bestnya ada kakak or adik perempuan. Tapi kadang-kadang jugak aku rasa macam tak best. Ni dulu-dulu punya cerita laa, bila aku terfikir *eh, kalau ada adik or kakak nanti baju mesti beli dekat pangkor je. tshirt putih yang 3 RM10 tu sebab mak & ayah nak save bajet. Cuba bayangkan, seram tak? Kenapa pangkor? Sebab aku rasa style bila orang pakai baju I <3 Pangkor tu. Okay, takde kaitan.




Tapi tapi, aku tetap merasa hidup berkakak dan beradik. Yela, duduk asrama kan. Mula-mula masuk je dah diberi kakak angkat. Lepas tu satu dorm semua form ada. Kau tak rasa ke yg family harmony dah terbentuk? Ok over. Kitorang 1 dorm dah macam adik-beradik *muntah darah sekarang. Kahkahkah. Tapi, even korang tak suka kakak or adik dorm korang pun korang still kena hormat antara satu-sama lain kan. Bila kakak dorm nak pinjam apa2 walaupun korang tahu yang barang tersebut takkan kembali dkt korang, bagi jee. Ye, bagi jee. Serius. Tips ni. Haha. Kalau adik dorm korang tak buat duty dorm ke, buat je perjumpaan floor. Eratkan silaturrahim. Ok, dah lari topik. Tapi bila ingat-ingat balik, tu laa yang mengajar kita untuk kuat even takde kakak or adik dkt rumah yg nak bg semangat. Kakak & adik dorm tu penguat sebenarnya. Dalam 1 dorm tu je korang dah tau cara nak hormat antara 1 sama lain. Cool kan?



meet the super awesome sister on earth. She is nik nor nadia and previously she was my kakak dorm. Till now, kitorang still close. In fact, we share lotssssssss of things. Tengok lots aku tu over kan. See, even kitorang cuma kakak-adik dalam dorm je tapi aku dah anggap dia mcm kakak betul. Dia tempat aku cerita semua benda and so do she. Haha. Secrets, bla bla bla dalam tangan kitorang je. *ampun kak nik curi gambar :)


yang vogue harus lah kakak dorm kan. joke joke. meet my super best adiks dorm. dengan diorang ni jela tempat kitorang nak jerit-jerit, manja-manja, gomol semua. diorang okay dengan kitorang, so kitorang pun okay laa. diorang antara adik dorm ter best laa. super best. shafiqah, izzati, najla, syuhada :)


Kawan-kawan pun kadang2 boleh memainkan peranan sebagai kakak or adik korang jugak. Cuma nampak dengan tak nampak je. Cara diorang caring semua tu sama laa macam caring seorang kakak/adik. Alaa, even if korang ada problem pasal boyfriend ke, pasal shower takde air ke, pasal abang cafe mengorat ke korang still cerita dkt kawan dulu kan. See, time tu kawan ni bertindak sebagai kakak & adik korang jugak. Cuma korang je tak nampak. Nak2 lagi bila dah masuk universiti kan, ni pengalaman aku masa asasi laa. Korang takde masa nak baik2 dengan senior ke apa ke. Nak cerita masalah dekat senior lagi laa *apehal pulak minah ni. So, masa tu kawan2 laa tempat korang nak meluahkan apa yg terbuku di hati. Sorry ayat skema tapi betul. Cuba fikir kejap, betul tak?


meet amirah haron and siti islami. the super awesome best sisterssss. Kitorang hidup sama2 5 tahun, tipu laa kalau aku cakap aku tak anggap diorang mcm adik-beradik sendiri. Antara kitorang memang tak pernah ada rahsia pun. I'm glad to have them as my dorm mate previously. Sampai sekarang kitorang sgt lah close. Homai, I miss those gila moments w them :')


cik adik manis ni syarifah nur nadhilah namanya. she's beauty with brain. teman study, teman stalk orang, teman segala-galanya. sebab tu boleh ngam and dia ni mcm mak2 sikit. hihi. pemberi nasihat yg setia pun dia jugak. kalau dlm group aku time asasi dia ni laa nampak macam kaklong. Pandai masak, bla bla bla. Hihihi


and this is my baby boo, yusma hanis. Okay, dia ni memang 100% sister to me. Sangat lah protective orangnya, caring. Yeap, dia sgt prihatin dengan kawan2 dia. Mungkin sebab dia anak sulung, sbb tu dia mcm aware sikit dengan benda2 yg jadi around dia. She is my super close friend yet sister time asasi. Thanks for everything yusmaaaaaa. I love youuuu :))


haa, see. aku ada ramai kakak and adik. Aku dah taknak apa-apa dah. Lagipun, kakak ipar dah ada, bakal kakak ipar menyusul. Haa, apa lg yang aku nak? Orang sekeliling aku dah cukup untuk jadi kakak aku. Aku cuma harap supaya ukhwah kitorang ni diberkati Allah. I just love them just the way they are. Sisters, you guys awesome :)






No comments: