Thursday, July 26, 2012

Ramadhan ku yang dulu :)

Assalamualaikum and hello readers. Berjumpa lagi kita dalam rancangan tararara (ko ingat lawak ke Ama). Sekian lama hamba tidak update entry so sekarang jari-jemari hamba menari-nari di keyboard laptop Acer warna biru ni. Haa gituh. Terlebih dahulu, aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurnia Nya kepada diri yg serba serbi kerdil ini. Alhamdulillah, aku berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjanamuda Undang-undang di UKM. Bak kata omputih, A Lawyer in The Making. InsyaAllah, bakal peguam wanita yang akan mengekakkan keadilan untuk AGAMA, bangsa dan negara. Takbirrrrrrrr! :)

Sedar tak sedar tak sekarang bulan apa? Ramadhan bulan yang suci terenenenenet (lagu Ramadhan). Siapa tak sedar tu aku tak tau laa spisis apa kan. So, ahlan wa sahlan ya Ramadhan even dah malam ke 7 Ramadhan tapi aku tetap nak mengucapkan Salam Ramadhan ya habibi ya maulana. Ana uhibbukifillah. Okay, tiba jah. HAHA. Ramadhan kali ni penuh dengan perasaan excited oleh sebab Ramadhan full di rumah. Haa, kau hado? First time bebeh after 6 years berjauhan dengan keluarga. Sekolah rendah tu lain cerita laa. Sebab tu bersemangat waja sikit Ramadhan kali ni dan mudah-mudahan akan terus bersemangat waja utk Ramadhan akan datang.




Bercerita fasal Ramadhan, setiap orang ada kisah Ramadhan mereka tersendiri. Macam aku, Ramadhan aku banyak dekat sekolah saje so kisah2 Ramadhan di sekolah sangatlah menarik. Siapa yang cakap Ramadhan dekat sekolah tak best tu mesti kaki report ataupun jambu warden. Okay takde kaitan tapi trust me, hadek2 yg bersekolah asrama tu akan cakap "hakak hama, celonok cangatz puasa durkart skula" lepas tu aku pun jawab "apa sengau ke adik ni?" okay, tapi seriously. Bila nak dekat Ramadhan tu, macam2 ucapan boleh dengar daripada kawan-kawan kita. Happening kan!

"Esok puasa weh, sahur jom"

"Esok puasa weh, malam ni tarawih kan? Siapa Imam? Abang ***** ke? Awww"

"Habis laa ko, malam ni nak kena gari dah. Jumpa lagi sebulan"

"Jadual bazar Ramadhan bla bla bla" (ayat cikgu)


Terasa kemanisan Ramadhan bila dengan kawan-kawan. Ye lah, berbuka puasa sama-sama, ramai-ramai dalam dewan makan. Semua jamah makanan yg sama, tak lebih tak kurang. Cuma beza nya si A beli air bunga kotak besar. Si B beli hundred plus. Tu je beza. Sahur pun bersama melainkan ada kerja sekolah Fizik yang perlu disiapkan sampai pukul 3 pagi, dah tak larat nak sahur ataupun berusaha study Kimia utk trial sampai tak tidur, terus sahur (aku laa tu). Selalunya hakak-hakak ni malas nak bersiap turun dm utk sahur. Hadek-hadek yang kemahenn rajin bersahur. Bersahur itu banyak fadhilatnya.

Hadis Anas r.a berkata ;
Rasulullah bersabda : Hendaklah kamu bersahur kerana dalam bersahur itu ada keberkatannya.


Selain iftar dan sahur, tarawih juga dilakukan bersama. Sangat best tarawih dekat sekolah. Kadang-kadang yang menjadi imam nya student, kadang-kadang ustaz. Tarawih bersama dapat mengeratkan ukhwah antara kawan batch, antara senior-junior, antara student-cikgu, antara boipreng-gepreng, okay itu tipu aje. Tapi yang lain tubetul laa. Dah nama lagi solat tarawih berjemaah, jemaah itu bermaksud ramai. So, ramai itu boleh mengeratkan silaturrahim. Selepas selesai tarawih, ada moreh dekat dewan makan. Jika menu nya bihun sup maka ramai lah yang akan pergi moreh. Jika juadahnya cuma kuih keria/cara berlauk maka tidaklah seramai penjamah bihun sup. Over sangat kan? HAHA. Tapi itu lah realiti dekat sekolah aku dulu.

Banyak lagi aktiviti yang dilakukan bersama-sama. Cth macam tadarus Al-Quran kan. Sometimes bertadarus ikut kelas and sometimes ikut dorm. So still, ada ukhwah di situ which is good for us, Muslims. Selain bertadarus, kami juga mendengar lagu Maher Zain dan surah2 lazim bersama. Sudah menjadi kebiasaan dan amalan setiap kali Ramadhan, waktu petang2 tu mesti lagu InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah you'll find your wayyy ataupun surah2 lazim diputarkan oleh prefect. Time tu memang suasana Ramadhan tu sangat lah menusuk qalbu. Sebab kitorang dah mind set "Ramadhan nanti petang2 mesti prefect pasang orang mengaji" Jadi, rasa janggal bila takde semua tu.

Best kan Ramadhan dekat sekolah? Mungkin ramai yang homesick kononnya nak makan masakan mak, nak pergi bazar dekat kampung blaa blaa tapi belum cuba belum tahu. Hehe. Bila dah habis sekolah ni mula terkinja rindu nak puasa dekat sekolah. Rindu nak berbuka ramai-ramai. Rindu nak dapat makanan free dekat sebelah dewan makan, okay takde kaitan. To be honest, aku sangat rindu Ramadhan di SEMESTI. So, hadek-hadek yg nak masuk asrama nanti sangat dialukan, rasa sendiri mcm mana Ramadhan sendiri-sendiri tanpa keluarga, cuma dengan kawan-kawan. Best ke tak. Kalau nak lagi best, masuk SEMESTI. Bazar teluk intan havoc gilaa kate ko. HAHA. Belum cuba belum tahu, so cubalah :)



Salam Ramadhan Al-Mubarak readers, may we gain barakah through this Ramadhan, salam :)








No comments: