Tuesday, October 11, 2016

Budget Trip to Indonesia Part 1

Assalamualaikum and hello people!

It's been awhile since the last time I updated my blog. Rindu! Geezzzz, dah dua tahun tak update apa-apa tup tup terus nak buat comeback. How are you guys doing? I'm doing just foineeee. Just completed my LLB Alhamdulillah! Will be graduating on November. Dengar-dengarnya on 7th November huhu. Jangan lupa datang bawa bunga sejambak. After all the tears, sleepless nights finally I made it weh. A super hectic journey lah. Aku dah start chambering dan sah-sah lah rindu nak study. It's damn tiring but I hope everything will turns smoothly as planned. Ok, cukup pasal diri sendiri. The main purpose of this entry is in regards to my short yet sweet trip. That was my first tripever! Ramai je yang pelik and terkejut plus tanya tips macam mana boleh lepas ke overseas (lah sangat) since everyone knows my Mom sangat strict bab-bab ni. My answer(s) would be ; 

1) kau kena macam call parents the moment kau nak beli tiket and buat lah dialog "ni ada tiket murah nak pergi xxx ni. murah ni. susah nak dapat tiket murah ni". Tapi make sure lah tiket memang murah ya!

2) make sure dah nak habis belajar. boleh tambah dialog "lagipun dah nak habis belajar dah ni. boleh la mak/ayah" kepada dialog di atas. 

InsyaAllah lepas, make sure inform your parents lah. Parents' blessings tu penting ya adik-adik sekalian. So, aku beli tiket on November 2015. Lama dah and kebetulan masa tu air asia tengah buat promo so why not kan. Jadi, kitorang decided untuk pergi Jakarta for a week. Kitorang purchased tickets for only RM 100 per person pergi balik. Gila taknak kan. Plan asalnya memang nak ke Jakarta saja tapi bila fikir balik lama sangat tu seminggu dekat sana. So kawan aku pun plan balik apa kata pergi Bogor-Bandung-Jakarta. Aku okay je since aku memang noob bab-bab ni. Almaklumlah ni first time naik flight, first time bercuti. Plan asal ada 4 orang pergi tapi since sorang tu dah start chambering so dia tak dapat pergi. Maka, tinggal lah kitorang bertiga je. Oh by the way, meet my travel buddies!
Aini (shawl hitam) & Zati (shawl merah) merah ke tu? haha

Aini ni batchmate law dekat UKM and Zati ni adalah childhood friend si Aini ni. Maknanya masa travel ni lah aku baru kenal si Zati ni. Gelisah jugak lah dua tiga hari sebelum travelling ni sebab risau boleh ke get along dengan orang yang baru kenal. Boleh ke tu, boleh ke ni. Kitorang ada group whatsapp senang untuk bincang apa-apa. Dalam group whatsapp tu memang sembang macam biasa je la but still hati tu risau aje. I even planned to cancel everything sebab risau krik krik tapi bila fikir balik bukan selalu dapat peluang macam ni, so apa salahnya kan. Ha nah kau sekali dah kenal macam dah sepuluh tahun kenal. Setiap hari kering tekak sebab gelak je dengan dua orang ni. Ha over tau kering tekak. 

So now, aku akan ceritakan preparation sebelum start travelling, apa kitorang buat dekat sana, travelling cost and so forth. Nak bagi itinerary macam over sangat sebab aku pun tak pandai since it was my first trip kan. So, aku akan bagi roughly lah apa kitorang buat, mana kitorang pergi etc.

PREPARATION!

1. Passport - Sah-sah lah passport yang paling penting nak travel ni kan. Sesiapa yang dah ada passport tu shouldn't be a problem lah kan and sesiapa yang takda tu better pergi buat. Ni basic kot, semua orang pass kot bab passport ni kan.

2. Boarding Pass - Since Aini adalah mastermind untuk trip ni, so dia lah yang handle bab tiket, boarding pass and so forth. Kitorang check in online so kitorang cuma perlu print boarding pass je la. Bab ni korang lagi mahir kot. So pass la kot kan. Hihi

3. Luggage - Ok, memandangkan kitorang takda amik luggage masa nak pergi so kitorang bawak beg naik kabin je lah. Untuk air asia you boleh bawa 2 beg tau. 1 beg yang besar (boleh tengok ukuran dia dekat website air asia) not exceeding 7kg and 1 lagi it's either beg laptop or handbag or beg yang sesuai lah. Macam aku, aku bawa backpack and sling-bag. Pada aku bawa backpack sangat mudah sebab tak perlu nak tarik2 ke apa ke. Cons dia bahu sakit je lah. Kalau risau beg terlebih 7kg, jangan risau sebab dekat airport ada disediakan penimbang. So boleh lah try timbang dekat situ. Kalau exceed tu pandai-pandai la transfer barang dekat beg kawan yang ringan ke apa ke kan. Sling-bag pun best sebab mudah nak capai apa-apa. So, depends lah dekat korang kan. Hihi

4. Money - Duit yang aku tukar ke IDR hanyalah RM 800 tau. Aku tukar dekat money changer Ipoh je belambak. Masa tu rate dia adalah IDR 1juta = RM314. So okay lah, dapat lah dalam IDR 2.5juta masa tu. Terasa la kaya sebab first time simpan millions kan. Tapi aku spare jugak RM150 (yang tak convert) just in case duit tak cukup masa dekat Indonesia nanti kan. Jangan risau, so far money changer diorang terima je duit kita. Hehe. Okay, ni aku nak bagi tips sikit. Katakanlah korang nak pergi few places dekat Indon kan, korang simpan duit dalam separate envelopes. Contoh macam kitorang pergi tiga tempat which is Bogor-Bandung-Jakarta kan so aku ada tiga envelope. So, bajet-bajet lah berapa yang korang akan spend untuk each places. Memang akan memudahkan kerja, trust me. Aku pun tak ingat dah berapa aku peruntukkan untuk setiap tempat. Pandai-pandai sendiri lah kot nak bajet hihi

5. Universal adapter - Ha yang ni memang kena ada lah kan, korang boleh tengok dekat DIY. Aku tak bawa pun benda ni sebab malas nak beli and Zati kata dia ada lebih, so aku pinjam dia punya je. Kalau korang bernasib baik, ada certain hotel / guests house yang sediakan adapter ni.

6. Face mask - Face mask ni memang aku sarankan korang bawa lah, nak lagi kalau korang yang plan nak naik public transport totally dekat Indonesia tu. Plus, memang ada tempat yang memerlukan korang untuk pakai face mask tu, kejap lagi aku story.

7. Pakaian - Okay, memandangkan kitorang kena jimat berat sebab 7kg je boleh bawa naik kabin. kitorang semua bawa baju yang nipis2 je, yang tak payah iron. Kalau korang plan nak pegi 4 hari 3 malam tu, 2 helai baju pun dah cukup (at least for me). Macam aku haritu, aku bawa 3 helai baju untuk seminggu. Bunyi nya macam ridiculous sebab sikit. Nak kata bawa sikit sebab nak shopping tak jugak sebab aku tak plan nak shopping sangat pun. Tapi, aku membasuh lah dekat sana. Sebab tu pentingnya bawa baju nipis, senang kering kalau basuh. Seluar aku bawa 2 helai jugak haha and yang lain-lain tu pandai2 lah sendiri. Kasut make sure pakai yang paling selesa untuk jalan tu memang penting hihi.

8. Ubat-ubatan - Ha yang ni memang penting! Aku dengar macam-macam cerita daripada orang yang pernah sampai Indonesia ni. Semua pesan jangan makan situ jangan makan sini takut sakit perut. So, sebab tu kena sediakan ubat siap-siap. Bawa lah panadol, ubat sakit perut, ubat cirit, serbuk garam tu and ubat-ubat yang korang rasa perlu. Aku adalah mangsa keracunan makanan jugak masa dekat sana. Nanti aku story.

Since aku dah cerita benda-benda penting sebagai persediaan nak travelling, lepas ni aku akan ceritakan apa yang kitorang buat dekat sana berdasarkan hari. Let's!

JOM TRAVEL!!

Day 1 - 3 Ogos 2016 

Bogor, I'm in Love 

Aku dengan Aini gerak ke KLIA2 sekali since Aini pun duduk Ipoh. Kitorang naik bas YoYo pukul 2.00 pagi. So sampai KLIA2 dalam pukul 5.45 am. Kitorang settlekan solat subuh dulu, rehat kejap lepas tu baru gerak International Departure. Zati tak sampai lagi masa tu. Flight kitorang pukul 9.30 ke 9.50 am macam tu aku tak ingat dah. So, dalam pukul 8 lebih macam tu Zati sampai and kitorang pun proceed lah dengan imigresen kastam semua. Kitorang sampai Soekarno-Hatta Airport Jakarta lebih kurang pukul 12.30 pm waktu Malaysia. Oh ya, Indonesia lewat sejam daripada kita ya. Waktu solat pun masuk awal hihi.

Ok sesampainya kitorang dekat airport, kitorang belum rasa lagi ke-Indonesiaan tu sebab tengok semua orang macam biasa je, macam dekat Malaysia jugak haha. Then kitorang terus menuju ke terminal bas DAMRI dekat luar airport tu sebab kitorang memang plan nak ke Bogor naik bas je. Tambang bas DAMRI Jakarta-Bogor adalah IDR 55 000 around RM 15.00 macam tu. Okay atas bas sangat lah lamaaaaaaa sebab highway sangat lah jammed. Bangun tidur bangun tidur pun tak sampai lagi. Nasib baik bas dia quite selesa. Then around pukul 3.00 pm waktu Indonesia kitorang sampai Terminal Bas Bogor. Ha start sini dah rasa dah ke-Indonesiaannya tu. Turun-turun bas beratur haa orang sebab nak cari passenger untuk teksi. Dekat Bogor ni, kitorang dah booked guest house.Aku booked dekat Booking.Com memang senang. Hostel Bogor nama dia. Owner ada lah emel bagi direction dari terminal bas ke guest house tu. Jadi, dari Terminal Bas tu kitorang pergi dekat Tugu Kujang (area situ jugak) and kitorang naik Angkot 08 untuk ke guest house. Sepanjang perjalanan naik Angkot tu aku rasa aku dengar bunyi hon je. Dia macam don't-know-don't-care-honking-is-ma-fav begitu. Asap tak payah cerita la. Kakak ipar aku siap pesan "enjoy asap while you can". So, kitorang pun stop dekat Jalan Bagaspati, Lapangan. Tambang Angkot dekat Bogor dalam IDR 3500-IDR 4000. So lebih kurang RM 0.90 - RM 1.50 gitu. Ha masa ni memang macam rusa masuk kampung. Kawasan tu macam kawasan perumahan gitu lah so kena berjalan sikit untuk sampai Hostel Bogor tu. Masa kitorang on the way tu sekali ada kereta stop and dia tanya "dari Malaysia ya? Mau ke Hostel Bogor?" kitorang pun ya ya ya. Rupa-rupanya mbak ni la owner guest house tu. So kitorang pun naik kereta and sampai lah Hostel Bogor. Subhanallah landscape guest house dia sangat cantik & unik. So masa tu memang rasa la tinggal dekat Indon. Kitorang booked 2 bilik and harga dia IDR 358,000 untuk 2 bilik tu so around RM 100 gitu la (roughly) untuk 1 malam. Worth it sebab sangat2 selesa and owner sangat lah baik.

Petang tu kitorang just pusing pekan Bogor ingat petang tu nak masuk la Botanical Garden dia kan tapi macam ada yang tak kena masa tu so kitorang bercadang untuk pergi esoknya and since kitorang lapar gila tak makan dari pagi weh so kitorang pun cari la tempat makan. Memandangkan masing-masing taktau nak makan dekat mana sebab takut2 tak bersih ke apa ke, so kitorang pun masuk lah 1 mall ni. Tak ingat dah nama dia. Kitorang decided nak makan dekat food court je lah. Macam yang semua sedia maklum makanan dekat Indon sangat lah murah. 1 set ayam penyet tu lebih kurang IDR 25,000 bersamaan dengan RM 7.00 je macam tu. Sah-sah lah sedap. Dalam mall tu ada jual gadget tau. Ya ampun, sesiapa yang bercadang nak tukar fon ke nak beli tab ke boleh lah beli dekat sini sebab murah ya amat. Kitorang dok compare2 harga fon dekat sana dengan Malaysia memang jauh beza. Huhu

Malam tu seingat aku kitorang ada jugak keluar sebab lapar. So cari la kedai2 runcit yang terdekat. Dekat sini, yang paling famous adalah Alfa Mart & Indo Maret. Dua2 Mart ni macam 7 Eleven & SpeedMart la. Snacks dia murah-murah weh tapi depends jugak la. Bahagia rasa, yelah kalau rasa taknak makan makanan berat, boleh lah beli snacks dekat dua2 kedai ni. Then kitorang balik guest house and rehat je. Bogor sejuk tau, memang best.

Day 2 - 4 Ogos 2016

Farewell Bogor

Subuh pukul 4, ya Allah susah gila nak adapt dengan waktu solat yang awal gila dekat sini. Pukul 6 dah terang benderang and semua orang dah start cari rezeki. Macam tu lifestyle diorang so kitorang belajar sesuatu jugak la. Pagi tu kitorang packing lah kan since tengah hari nanti nak check-out. Pagi tu breakfast dekat guest house je and kitorang minta izin la dekat owner untuk letak barang2 dekat guest house tu dulu sebab kitorang nak pergi jalan-jalan pekan sekejap. Owner tu ok jahhhhh. So pagi tu kitorang gerak la pergi Botanical Garden naik Angkot 08 jugak. Entrance fee dia IDR 15,000 around RM 4.50 macam tu. Oh ya, tu entrance fee untuk locals actually. Kitorang berjaya dapat locals punya harga sebab cakap Indon sikit-sikit. Kalau untuk foreigner rasanya IDR 20,000 ok. Luas jugak la taman ni and bersih. Dalam garden ni kan, sepanjang jalan tu diorang letak batu-batu yang untuk refleksologi kaki tu. Memang best sebab even dalam tu luas and kena berjalan jauh tapi kaki tak rasa lenguh pun. Dalam tu memang bergambar je lah. Korang kena pusing habis tau, kalau tak nanti tak jumpa Istana Bogor. MasyaAllah tabarakallah view dia magnificent sangat! Dalam Botanical Garden tu jugak ada Cactus Orchards so memang cantik lah untuk tangkap-tangkap gambar hehe.





Lepas settle melawat Botanical Garden, kitorang pergi pekan sekali lagi untuk jalan-jalan habiskan masa je. Kekonon nak pergi Gong Factory lah, tapi tapi takde apa pun dekat situ. Dia macam kedai runcit tepi jalan yang gelap. Memang ada buat gong dalam tu tapi kitorang ragu-ragu nak masuk sebab super gelap. So, kitorang pun pergi lah jalan-jalan pekan je. Dekat pekan ni memang boleh tengok macam-macam ragam manusia. Indon ni terkenal dengan street foods, preman. Tau tak preman? Alaa macam Tegar tu. Hehe, memang belambak. Setiap kali kitorang naik Angkot mesti ada je preman tumpang naik and main gitar lah, menyanyi lah. Ye lah, penduduk Indonesia makin ramai, ekonomi tak stable so rakyat memang akan buat apa je untuk dapatkan income. Ni yang aku puji la sebab diorang sangat berusaha untuk cari duit. Mana-mana yang berniaga tepi-tepi jalan tu pun elok je berniaga takde siapa kacau. Sangat-sangat membuka mata. Ni lah untungnya tak guna khidmat supir dekat sana, kitorang memang merasa naik public transport and jumpa ramai orang. Masa jalan-jalan dekat pekan ni kitorang singgah jugak kedai telco untuk beli simkad. Memang wajib ada lah nombor sana untuk orang-orang yang nak budget trip (takyah keluar duit banyak untuk roaming ke apa ke) sebab mana lah tau kot nak check in lambat ke, nak call owner guest house ke, nak tengok map ke kan. So memang wajib! Kitorang dulu guna Axis (kot nama dia). Haha depends lah sebab memang banyak sangat pilihan.

Settle berjalan, kitorang balik guest house untuk ambil barang and check out sebab nak pergi next destination pulak. Masa kitorang nak check-out tu, owner guest house tu tak ada. Anak dia je ada. So, kitorang bye bye dengan anak dia je. Tak habis-habis pesan hati-hati dekat kitorang. Kitorang pun gerak lah ke terminal bas Bogor sebab memang planned nak naik bas jugak pergi Bandung. Tapi yang ni korang kena tanya orang tau sebab bas nak ke Bandung bukan dekat the exact Bogor Terminal tapi kena berjalan sikit ke seberang. So, jangan lupa tanya orang tau! So, bas ke Bandung harga dia IDR 65,000 so lebih kurang RM19.50 gitu lah.

Hi Bandung

Kitorang sampai Bandung agak lewat dalam pukul 4 kot macam tu. Kitorang sampai dekat Terminal Bas Lewipanjang. Dekat Bandung ni kitorang dah booked guest house jugak. Zenrra Guest House nama dia. Dari terminal bas tu, kitorang naik bas Lewipanjang untuk ke guest house. Stop dekat Rumah Sakit Hassan Sadiqin (kot nama dia) then berjalan sikit and sampai. Cumanya guest house tu pun kena masuk ke dalam sikit sebab dia macam dalam kawasan perumahan. Masa kitorang sampai tu, owner guest house tu takde sebab ada hal dekat Jakarta. Mbak Hera nama dia, so far masa aku berurusan dengan dia untuk booking guest house tu dia okay je la. Ye lah tak jumpa lagi kan, so takpe nanti dia dah balik dari Jakarta aku story Mbak Hera ni macam mana orangnya. Since kitorang sampai pun petang and masa tu dah nak gelap pun. Ye, pukul 6 macam tu dah mula gelap. Masing-masing perut dah lapar ni. Kitorang naik bilik and kitorang sangattttttttttt berpuas hati dengan bilik tu. Ada 4 katil single, ada adapter. Boleh dikatakan compplete jugak la bilik tu and sangat selesa. Hilang penat sekejap tengok bilik cantik macam tu. Kitorang rehat sekejap, solat apa semua then kitorang nak pergi cari makan!



Taraaaaa, kitorang makan dekat sini. Banyak tau cawangan dia dekat Bandung ni. Haha, kedai dia tepi jalan je. Mula-mula aku macam reluctant lah jugak nak makan dekat sini sebab takut sakit perut ke apa kan sebab dah selalu dimomokkan dengan pergi-indon-jangan-makan-kedai-tepi-jalan. Tapi kitorang tengok kedai dia bersih and ok plus ramai orang. So, memang okay kot. So kitorang try la. Aku makan Bebek Penyet (Itik), yang diorang masing-masing order Ayam Penyet & Pecel Lele and kitorang add on soto ayam. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah makan itik so saja la nak try. Sekali makan ya Allah MasyaAllah sedap gila weh! Semua sedap, soto dia perghhhhhhhhhh memang rare lah. Kitorang sampai tambah nasi kot. Lapar sangat 1 hal sebab tak makan dari tengah hari, sedap pun 1 hal. Memang best. Harga pun not bad. Dalam IDR 110,000 macam tu bersamaan dengan RM 30++ untuk tiga orang ok. Soto ayam tu kitorang siap repeat order lagi. Memang best, kalau korang datang Bandung sila lah cuba makan dekat kedai ni. Selesai makan, kitorang pun gerak balik guest house. Dalam perjalanan tu jumpa pulak Alfa Mart apa lagi shopping lah snacks ke apa ke. Memang favorite kitorang lah Alfa Mart tu. Then balik guest house and rest! Kena kumpul energy esok nak jalan2! Hehe

Rasa macam dah membebel panjang pulak. Nantikan Budget Trip to Indonesia Part 2 yang lebih menarik sebab aku akan cerita pasal Mbak Hera, apa yang best and shopping dekat Bandung, last minute tukar plan, keracunan makanan, apa yang ada dekat jakarta and so forth. Aku dah penat menaip. Thank you for reading. Assalamualaikum & bye guys!



Saturday, December 13, 2014

Belum ada rezeki

Assalamualaikum dan hai


Hampir setengah tahun tak update apa-apa dan di tengah kesibukan nak finals, assignment last minute dan thesis ni jugak lah saya curi-curi masa untuk coretkan apa yang terbuku di hati selama setengah tahun ni. Hehe. Aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar semua~

Alhamdulillah, dah masuk tahun 3. Dah tahun 3 pun tapi masihlah ada yang tak reti nak silent phone time lecture (eh). Nak ditegur nanti masing-masing dah cukup syarat kahwin dah, pandai-pandai fikir kot, besar dah kan. Hee. In fact dah nak habis 1 sem pun. So, berbaki lagi 3 sem ya Allah tak sabarnya nak grad. Macam biasa setiap tahun kalau tengok senior konvo, rasa nak grad tu makin membuak-buak. Rasanya masa tahun 4 nanti bila tengok kakak-kakak osem grad lagi lah menggelejat je rasa tak sabar nak habis belajar tu. Lagi best bila tengok senior tahun 4 sem lepas yang terus sambung Master dekat UKM jugak. Ya Allah, 3 sem lagi! Jangan lah tambah 1 sem dah tak sanggup rasanya. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. Amin!

Jadi sem ni agak tough bagi saya. Banyak subjek yang 'baru' bagi saya. Baru in terms of susah nak faham, complicated and so on. Finals tinggal lagi 2 minggu lebih je and I haven't start a thing. Proposal untuk thesis pun baru nak siapkan sebab tahun 3 tersangatlah busy dengan presentation, individual assignment and so on. Tapi Alhamdulillah, sem ni untuk group assignment mostly saya dapat group yang efisyen, yang cepat yang consider dan bermacam-macam yang lagi. So, assignment dapat disiapkan within the time allocated lah kan. Assignment bergerak dengan smoothnya (so far lah). Nak bertangguh memang fikir dua tiga kali lah untuk assignment grouping. Dah tahun 3 kot, boleh fikir. Saya belum capai lagi lah stress tahap moksya tu. Kalau sem depan, mungkin. Ahaha.

Pada sesiapa yang mengenali saya, diorang mungkin tahu sebab kenapa saya nak sangat masuk UKM (eh kenapa tiba-tiba cerita pasal ni). Ha, tak. Ok, macam ni. Since Asasi lagi saya dah aim "ok aku nak masuk UKM sebab boleh buat Syariah sekali" Supposedly, bila habis tahun 2 dulu boleh lah kan apply untuk Syariah. Boleh tu memang boleh, dah dapat offer letter pun but later on kitorang dimaklumkan yang kitorang dah tak boleh buat Syariah sekali. Syariah kena ambil once dah grad. So, plan A hancur berderai. Kena consider balik plan untuk sambung Master right after grad sebab mungkin saya akan proceed jugak dengan Syariah, insyaAllah. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Down tu memang down. Tersangatlah down sebenarnya. Bila fikir balik, dengan busy ya amat tahun 3 ni, kalau Syariah ada jugak mampu ke saya? Fikir punya fikir akhirnya saya jumpa satu solusi dan konklusi...

Sama jugak situasinya masa plan nak pergi umrah dulu. Passport dah setel, cucuk pun dah cucuk. Duit pun dah bayar and betul2 tinggal nak pergi je lagi. Seminggu sebelum pergi tu tiba-tiba mak inform yang visa untuk saya tak dapat. Sebab polisi baru kerajaan Saudi, wanita bawah 40 tahun tak ada mahram tak boleh pergi (saya dimaklumkan begitu sampai sekarang saya tak tahu kesahihan benda ni). So, makcik saya gantikan tempat saya. Yang ni lagi down sebenarnya. Sedih tu memang menikam lah rasa dia. Prepare dah prepare dah ni tapi tak jugak dapat pergi. Fikir punya fikir akhirnya saya jumpa satu solusi dan konklusi..

Mudah, BELUM ADA REZEKI

Untuk hal tak boleh ambil Syariah tu saya anggap itu kasih sayang Tuhan tak nak bagi beban dekat saya masa tahun 3 ni. Dia lebih tahu tahap kemampuan saya. Sedih memang sedih, itu memang tak dapat dinafikan. Belum ada rezeki saya untuk ambil Syariah. Mungkin lepas grad nanti. Mana tahu Tuhan hadiahkan lagi dengan suatu benda yang lagi besar in the future? Who knows kan. Maka saya redha.

"La yukalli fullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
 

Untuk situasi kedua tu pun sama. Belum ada rezeki. Mungkin persediaan yang saya buat tu cuma persediaan dari segi lahiriah. Persediaan rohani mungkin belum cukup (memang belum cukup). Mungkin Allah nak saya perbaiki diri sebelum menjadi tetamuNya. Ye lah kena lah persiapkan diri kan. Bukan calang-calang tempat kita nak pergi, kita nak pergi rumah Allah! Analoginya mudah, contoh kita ada presentation depan lecturer yang kita tahu sangat particular dengan semua benda. So, dari segi etika pemakaian sampailah ke slide show akan kita titik beratkan betul? Sama lah juga keadaannya bila kita nak ke rumah Bos segala Bos yakni Allah. Maka, tak apa. Saya redha

Jangan risau, rezeki Allah itu luas. Kalau tak dapat yang ini, Allah akan gantikan dengan yang itu. Janji Allah itu pasti, kan? Belajar bersyukur dan redha, insyaAllah everything will turns well


Senyum :)








Monday, May 19, 2014

#7 SAA

"Zie, kau tau tak apa benda yang paling sakit?"

"Kena langgar kete. Haha k tak lawak. Apa ni bermadah madah dengan aku ni. Esaimen land law dah siap belum?"

"Eeeee, spoil nya kau ni. Benci! Malas cakap dengan kau. Merajuk 10 minit"

"Aku ingatkan esaimen pun dah tak boleh sekarang eh. Cakap la apebenda yang sakit?"

"Bila hati aku berbelah bahagi, bila kenangan lama datang balik, bila aku rasa 50-50. Stress."

"Kau jangan buat gila. Kurang dari 3 bulan lagi weih. Hati tu berbolak balik sifatnya Fa, kau pun tahu. Jangan dilayankan sangat. Tu semua permainan syaitan tu. Keep on doa."

"Takde lah, lately ni ada je benda yang buat aku ingat benda-benda lepas. Aiyoh. Parak gini. Nampak sangat aku belum matang. Camne ni Zie camne niiiiii"

"Sumpah tak lawak Fa. Jangan memain lah. Doa je banyak-banyak. InsyaAllah takde apa-apa. Perasaan kau je tu."

"Hmm itulah. Dan kau tau tak apa benda lain yang lagi menyakitkan?"

"Apa kau ni. Pergi rest lah. Kau penat sangat ni Fa. Takut aku. Ok last ni eh, last. Apanya yang lebih menyakitkan? Geli pulak aku."

"Bila orang yang kenal kau bertahun lamanya, jadi stranger. Sbbkan 1 jee salah kau, terus macam tak pernah kenal."

"Apa pulak ni Fa.."

"Hmm takde apa lah. Aku saje je. Dah lah, jumpa esok. Bai Zie. Muah"


Dan apa yang dikatakan Syifa terus menjadi tanda tanya. "Syifa ada problem tapi taknak bagitau aku?"




Tuesday, February 4, 2014

#6 SAA

"Zie, sorry tak contact kau time aku dekat sana. Aku memang sengaja haha. Aku dah touch down KL ni. Tiba-tiba cuak sebab next week dah nak balik & cuak result. Aku suka mcm ni kan. Zieeeeee! Aku confuse mcm mana ni. Ya Allah banyaknya benda nak fikir. Kau jelah kawen Zie! Okbye. Miss you"

"Kau memang kalau berjalan mana ingat aku dengan Ain dah. Alaa kau nak cuak apa. Nota berpikul-pikul, study siang malam. Rilek je even aku pun cuak tp tawakkal je la. 100% tawakkal. Jangan 95%,96,97.... Alaa dah besar takkan tak faham apa yang aku cuba sampaikan ni? Haha. Apa souvenir dari Bali? Keychain2 taknak la. Asal aku yang kena kawen? Asal kau bye aku cepat sangat ni? Aku ada banyak benda nak sembang lah fa!"

"Perli nampak. Kau tu ye la nota bertimbun. Hmm. Souvenir? Aku kasi cowok Bali satu dekat kau dengan Ain! Haha. Adelah mana boleh bgtau next week aku bagi lah! Hmm aku mcm tak ready je lagi untuk semua benda. Semua."

"Ha, dah tau tak ready tu ready ready kan la... Apa susahnya Fa?"

Sentap. Zie dan ayat-ayat powernya tak pernah tak menusuk qalbu. Benarlah, manusia memang suka merungut "belum bersedia" dalam apa benda sekalipun tapi tak ada tindakan dengan rungutan tu. Apa nak tunggu ajal maut menjemput kita? Masa tu sedia tak sedia takde siapa peduli. Boleh pulak ke kita beritahu malaikat maut nanti "Jangan ambil nyawa saya, saya belum bersedia"? Syifa sekali lagi termenung sendirian.
 
 
 


Wednesday, January 15, 2014

Happiness :)



 Assalamualaikum and hello everybody! *flips bawal






SO THIS IS HOW I DEFINE HAPPINESS :)



Alhamdulillah syukur, akhirnya final exam habis *inhale, exhale. Final exam kali ni tak kelakar rasanya sampai takde masa nak blogging (baca : study). Tapi serious la 5 paper law dengan semuanya esei takde ABC dah ataupun true false dengan TITAS & arab yang umphh memang boleh beruban, sakit-sakit urat & berkedut-kedut muka. Baru tahun kedua eyebags dah macam belajar sampai phD walhal ngadap laptop lama-lama yang dapat lingkaran gelap bawah mata sampai macam tu sekali. Eh, tapi saya study jugak. Balance la balance. Haha


So, biasa lah dah nama pun exam memang menguji diri dalam semua benda. Kesabaran, tak cukup tidur, skip lunch, dinner megi, masa tak cukup time exam, blank masa Torts, gelabah masa Siber, tak ingat kes masa Criminal dan macam-macam lagi. Tidur bangun duduk tidur bangun duduk pun rutin harian dalam bilik sampai dah taktau nak buat apa. Termenung sambung berangan dan berfairy tale pun favorite jugak exam week ni. Pendek kata, kalau hari-hari biasa takde pun nak buang masa dengan jayanya, dia time exam week je banyak buang masa (menyesal).


Nasib baik la saya ni jenis yang cepat stress tapi cepat lega. Boleh pulak terfikir nak quit law sebab tak sanggup nak sakit-sakit tangan jawab esei, nak hafal cases nak itu nak ini so lepas tu stress. And sebenarnya kadang-kadang stress tu mengada je. Tak suka la nak sakit-sakit hati sorang, sakit kepala sorang tak berbaloi rasanya. So, positif je selagi yang mampu sebab semua ujian yang datang tu ada hikmahnya. Kan Tuhan dah janji Dia takkan beri ujian di luar kemampuan kita. Haa contoh masa Siber tulisan saya astaghfirullahal'azim dengan tak cukup masa, nak belek-belek akta. Pendek kata hancus la paper Siber tapi tadi keluar carry marks mampu la jugak nak tersenyum even hambar. So, ada lah timbal balik nya kita jangan risau sangat. Rezeki tu kan rahsia Allah *pakar motivasi alert


Tambahan lagi saya dikelilingi dengan orang-orang yang rilek (rilek sangat) haha. Tak habis study pun, rilek. Soalan susah pun, rilek. So, indirectly saya pun jadi rilek. Haha. So, terima kasih kepada semua-semua yang setia menjadi motivator sepanjang minggu exam ni. Hari-hari bagi kata semangat dekat twitter. Eh sangat. Terima kasih Cto sebab sudi belikan makanan kalau turun makan (bukan buli). Dan terima kasih Tuhan sebab hadirkan insan-insan yang sweet mweet dalam hidup saya. Cewahh. Positive vibes everywhere, syukur.


Jadi sekarang cuti pun bermula dan bergembiralah. Bittaufiq Wannajah buat kawan-kawan yang belum habis paper lagi, berjuanglah sehingga ke titisan peluh dan darah yang terakhir. Dah settle nanti kita sama-sama tawakkal, serah diri, percaya dengan apa yang Allah nak bagi nanti. Usaha, dah usaha dah. Doa banyak-banyak mudah-mudahan kita semua peroleh kejayaan supaya ia jadi asbab untuk kejayaan yang lebih besar dekat SANA nanti. Yedak? Eh lupa, doakan saya sekali ye?



Sekian, babai





p/s: SAA to be continue :D


Sunday, December 22, 2013

#5 SAA

"Lin, turun. Abang sampai dah ni"
"Okay kejap. Lin turun"

Cuti pertengahan semester bermula. Seperti biasa, sekiranya Aiman cuti pasti dialah yang akan mengambil Syifa dari universiti. Aiman, abang kedua Syifa. Abang pertamanya sudah lama tidak dengar khabar berita. Semenjak Puan Sarah memarahinya kerana berkahwin senyap-senyap dia langsung tidak pulak ke rumah lagi selepas itu. Aiman merupakan abang yang sangat protective, abang yang sentiasa ada untuknya.  Tapi oleh sebab mereka jarang sekali berjumpa, seperti ada jurang antara mereka. Janggal bila berjumpa, tak tahu nak cakap apa.

"Abang datang sorang? Kak Maya tak ikut?" tanya Syifa, janggal

"Kak Maya kerja. Abang pun kerja esok ni. Balik jumpa Mama kejap. Katanya ada benda nak bincang. Tu abang balik." jawab Aiman

"Serius nya Mama. Sanggup Abang balik. Bincang dalam telefon kan boleh. Jauh kot" beritahu Syifa satu persatu

"Sebab Lin la Abang balik. Tak sangka eh ada orang tu dah setujuuu" Usik Aiman

"Apa yang setuju? Lin rasa tu yang terbaik. Lagipun bukannya sekarang nak langsungkan" jawab Syifa malu

"Apa yang terbaik? Apa yang sekarang? Orang cakap pasal benda lain. Tak sangka ada orang dah setuju nak ikut Abang pergi Bali nanti" sakat Aiman lagi

"Oh ye kan bila nak ke Bali tu Bang?" Syifa ubah topik

"Ubah topik pulak dia. Haha, InsyaAllah awal bulan 2. Free kan? Ke tak? Ke.." balas Aiman

"Eh free free. Pergi dengan Mama kan. Ok free" Syifa dengan segera mencelah Aiman

"Tapi Lin, macam mana Lin boleh setuju?

Diam. Suasana kembali dingin dek kerana soalan Aiman yang sukar untuk dijawab. Syifa diam membisu. Sepi..

__________________________________________________________________________________

"Assalamualaikum. Anak ibu dah makan ke?"

"Waalaikumsalam bu. Belum, baru je habis kelas ni bu." jawab Faris teratur

"Bila nak balik? Nak biar ibu prepare sorang-sorang?" Tanya Puan Khalida

"Ala bu, sorry. Faris busy sangat bu. Nanti ada masa Faris balik eh" jelas Faris

"Kamu ni lah. Acuh tak acuh je. Nanti tak jadi lagi sekali baru tau." balas Puan Khalida

"Ala ala okay okay nanti kalau tak busy weekend ni Faris balik eh bu." jawab Faris tenang

"Okay, tak balik jaga kamu. Ok lah ibu nak makan. Bye Faris. Oh ye, dkt instagram tu kamu bergambar dengan sapa? Kamu jangan Faris, Lin tengok nanti baru tau." tanya Puan Khalida ingin tahu

"Menyempat je lah ibu ni. Tu lecturer Faris la bu. Ok lah bu, ibu pergi makan eh. Assalamualaikum" jawab Faris dan Puan Khalida pun segera mematikan talian

Bagai langit dengan bumi. Puan Khalida sangat cerewet dalam semua perkara sedangkan Faris merupakan seorang lelaki yang tenang, tenang dalam semua benda. Meskipun sesibuk mana dia, dia masih ada masa untuk ibunya, untuk jemaah, untuk ilmu dan juga untuk kawan-kawan. Menjadi mahasiswa tahun akhir jurusan perubatan Faris tidak pernah merasa dirinya tertekan. Bertuah Puan Khalida kerana ada anak sebaik Faris, taat kepada Allah, taat kepadanya. Satu-satunya anak Puan Khalida, Muhammad Ikhwan Faris.

"Kau sure ni Faris? Korang muda lagi. Adik aku muda lagi. Kau tak grad lagi, Lin tak grad lagi. Kau sure dengan keputusan kau? Aku taknak berhenti tengah jalan. Tu je adik yang aku ada Ris. Aku tak kisah cuma normanya seorang abang sure akan risau. Dengan siapa adik aku hidup, adik aku pakai apa, adik aku pakai apa, semua tu aku kena ambil kira. Ingat senang ke nak lepaskan satu-satunya adik dekat orang lain. Susah Ris.

"InsyaAllah bang. InsyaAllah. Saya lagi risau bang. Apa dia makan, saya tanggung halal haramnya. Apa dia pakai, tutup aurat ke tidak saya yang tanggung. InsyaAllah bang, Allah dah beritahu "Kami tidak beri rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" Bukan dalam hal rumahtangga je, dalam hal lain pun sama. Rezeki, jodoh, ajal, kiamat tu semua rahsia Dia. Saya yakin dengan Allah bang. Mudah-mudahan murah rezeki saya dengan Lin nanti. Abang doa je banyak-banyak utk kami."

Faris teringat akan perbualannya dengan Aiman, abang Syifa. Rupa-rupanya Aiman sudah berjumpa dengan Faris terlebih dahulu. Sebagai seorang abang, mana mungkin Aiman lepaskan tanggungjawab begitu sahaja dan memandangkan cuma dia sahaja lelaki dalam keluarga buat masa ini, dialah yang perlu bertindak dalam apa jua perkara. Puas Aiman cuba provoke Faris namun ternyata bakal doktor itu begitu tenang menjawab semua pertanyaan Aiman. Faris memang luar biasa. Ok, lampu hijau..



Friday, December 20, 2013

#4 SAA

Akilah Najwa : Assalamualaikum adik akak! Akak dkt Malaysia now. Jom meet up esok? :)

Azlin Amna : W'salam.Akak! Baru skrg nak contact Lin kan. Esok Lin nak balik U dah kak. Eeee kenapa baru ajak sekarang.

Akilah Najwa : Sorry Lin. Akak dah balik sebulan dah. Akak busy sangat prepare apa yang patut.Tu nak ajak jumpa esok. Nak jemput ni. Hehe

Azlin Amna : AKAK! Sungguh ke ni? Mabrook alaik Kak Kila! Dalam diam je kan dia ni. Tapi macam mana nak jumpa kak?

Akilah Najwa : Esok the whole day akak ada dkt Bangi. Last d&t dengan adik-adik dekat sini sebelum bergelar seorang isteri. Eceh geli pulak kita. Dinner la jom esok? Kalau lewat sangat akak nak tumpang bilik Lin boleh?

Azlin Amna : Ya Allah, boleh sangat. Kita dinner Nim's esok. Nanti Lin tunjuk jalan. Hee. Tak sabarnya nak story mory

Akilah Najwa : Ok dik. Esok jumpa :)

Syifa merasa amat gembira kerana mendapat "IM" daripada Kak Kila, akhawat yang dikenalinya semasa keberadaannya di bumi sakura suatu ketika dulu. Siapa sangka Kak Kila bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat. Syifa pula bagaimana? Puas sudah Puan Sarah memujuk Syifa namun sehingga sekarang tidak membuahkan hasil.

"Lin kena ingat, mama dah tua Lin. Nanti mama dah takde siapa nak jaga Lin. Nak harapkan abang-abang susah la Lin. Masing-masing dah ada keluarga. Bukan mama tak fikir Lin belajar lagi. Mama fikir semua tu. Cuma mama rasa ni yang terbaik buat Lin. Mama taktau macam mana nak convincekan Lin lagi."

Kata-kata Puan Sarah terngiang-ngiang di telinganya. Sungguh, Puan Sarah tidak pernah jemu dalam memujuk Syifa untuk mendirikan rumah tangga.

"Hmm Fa, kalau kau tanya aku yang langsung takde experience ni aku pun taktau la nak kata apa. Cuma jom sama-sama kita baca Surah Al-Baqarah ayat 216 - Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ;  Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. So, kau dapat relate kan now? Aku pun pening. Nasib Mak aku tak suruh aku kahwin awal-awal. Haha"

Begitu pula kata-kata Zie. Syifa pening. Tak tahu bagaimana nak buat keputusan... 

__________________________________________________________________________________

"Jadi, setiap pensyarah cuma akan terima 3 student. So, kalau you guys dah ada topik untuk thesis boleh consult dengan mana-mana lecturer yang you guys prefer. Ok, that's all I think. Thank you"

Syifa kini berada dalam tahun tiga dan baru hari ketiga para pensyarah sudah mengingatkan mahasiswa/i tahun tiga tentang thesis mereka. Makin tua makin sibuk.

"So korang ambil elektif apa?" tanya Zie tiba-tiba sebaik sahaja taklimat thesis selesai

"Aku maybe ambil tourism. Tak sure la. Kau Zie?" jawab Ain tidak pasti

"Aku insyaAllah siber. Sbb 2nd year aku dah ambil IP kan. So nak cari yang related la. Kau Fa?" jawab Zie yakin

"Tak sure. Tak decide lagi. Maybe banking. Entah la. Takde yang menarik" balas Syifa acuh tak acuh

"Kau ok kan Fa? Jom-jom lunch. Kau lapar ni. Jom" jawab Zie segera. Dia tak mahu Syifa dibuai perasaan

__________________________________________________________________________________

"Fa, jangan layan perasaan. Tak baik. Ada masalah, doa banyak-banyak minta dekat Tuhan. Layan perasaan tu lagha je nanti. Aku tau apa yang kau rasa. Nanti kita settlekan sama-sama."

Zie menulis di dalam kertas kajang tentang apa yang ingin dikatakan kepada Syifa. Hal yang berkaitan dengan soal perasaan, rahsia dia lebih senang berutus surat/notes dengan Syifa. Lagi "proper" padanya. Direct dan Syifa pun merasa senang dengannya. Mudah.

"Thank you Zie. Aku tak fikir pun pasal perasaan ke apa benda ke. Aku fikir mama. Apa yang mama cakap ada betulnya. Apa yang kau cakap pun ada betulnya. Apa yang Kak Kila cakap pun ada betulnya. Erm dah lah. Malas nak fikir. Jom cari kes........."






Monday, November 11, 2013

#3 SAA

"Korang cantikkan langit?" tanya Zie tiba-tiba

"Fabi ayyi ala irabbikuma tukazziban.." sahut Syifa

"Apa yang Allah cipta takde cacat celanya kan. Gah sangat!" Zie menyambung

"Betul, kita je yang tak tahu macam mana nak appreciate semua ciptaan Allah." Balas Syifa

"Tapi kenapa Ain diam je ni. Ain oo Ain.." Tanya Zie keanehan

Begitulah 3 sahabat itu. Ada sahaja waktu terluang pasti dihabiskan di Taman Botani Putrajaya. Mengamati keindahan alam, sharing session, sesi luahan hati dan macam-macam lagi. Zie lah ketuanya. Walaupun fizikal dan tingkah lakunya yang agak kasar namun Zie tidak pernah lekang dalam memberi dakwah & tarbiyah kepada 2 orang rakan baiknya itu. Subhanallah, bukan senang nak jumpa orang macam Zie. "Ustazah Rockers". Itulah panggilan Syifa buat Zie.


"Ain kau kenapa senyap je ni? Nak kata tengok cerita Korea menipu sangat la tu. Kau kan tengah bersama 2 orang gadis cantik ayu jelita ni." Gurau Zie

"Hmm.. Aku down la. Down gila sekarang." jawab Ain

"Kau dah kenapa ni? Apebenda yang kau nak downkan. Nak kata result teruk setiap sem dekan." balas Zie selamba

"Kau ni Zie cuba tanya baik-baik. Macam nak marah orang je. Ain story la, kau tak pernah macam ni." Sambung Syifa

"Hmm.. Ada orang cakap buruk pasal aku.. Cakap aku tak layak ambil Law lah, rendah-rendahkan aku lah. Dah la aku dengar dia bawak cerita tu dekat orang lain jugak. Malu weh. Malu sangat.

"Siapa yang cakap kau macam tu?! Dia belum kenal lagi Ain Amirah macam mana orangnya. Meh aku cili-cili dia meh!" Balas Zie

"Entah, aku dengar ni daripada orang jugak Zie. Down nyaaaaa" Ain menjawab persoalan Zie

"Hmm, macam mana eh nak cakap Ain. First tak sahih pun kan benda tu. Kau dengar dari orang tak payah la nak down teruk sangat. Kalau tak sahih, lepas tu kau bawak cerita dekat orang kata si fulan tu cerita buruk pasal kau walhal tak pun tu dah jadi fitnah Ain. Kalau betul pun dia kata kau macam tu, dia tak kenal kau pun la. Manusia ni ada 1 penyakit dengki yang teruk gila, mungkin dia jeles kau further Law tapi dia tak. Tu spekulasi aku la. Mungkin jugak dia nak cabar kau supaya kau survive sikit dalam Law ni. Siapa tahu kan Ain. Allah bagi macam-macam dugaan dekat hambanya sebab Dia nak tengok macam mana kita overcome benda tu. Mesti Allah frust bila Dia bagi dugaan lepastu kita terus nak down lah, give up lah. Tak best la macam tu kan. Cuba kita positif, fikir apa yang boleh untuk ubah sikit-sikit mesti Allah suka. Allah suka tengok hamba dia ni ada effort. Beserta doa. Subhanallah perfect! Effort+doa. Kan best macam tu. Apa gelak-gelak Fa? Kau pun sama je. Puii" jawab Zie panjang lebar

"Aku kena pulak. Haha. Tapi betul apa yg Zie cakap tu Ain. Kau chill je. Jangan cepat melatah. Ni baru sikit punya dugaan Allah kasi. Kedepan ni kita taktau apa pulak dugaan yang Allah nak bagi kan. " sambung Syifa

"Elelele pandai cik Syaripah Ajlin kita berkata-kata. Haha. Kau jangan risau Ain, kitorang ada je untuk kau. Allah pun dah lama ada untuk kita semua. Takde benda nak dirisaukan. Takmau lah down down. Nanti takde muka Ji Hyo dah." balas Zie diselangi dengan gurauannya yang tak sudah-sudah

"Thanks korang. InsyaAllah aku cuba ubah apa yang patut. Tapi aku taknak la Ji Hyo. Aku nak Park Shin Hye" jawab Ain

"Kau layak Kim Bong Sun tu je Ain hahahaha. Eh kejap Fa, mamat tu bukan Faris Altantuya ke? Yang tengah jog tu." tanya Zie kepada Syifa sambil matanya tertumpu kepada satu figura lelaki yang sedang berjoging.

"Mana Zie? Tak baik lah kau ni. Haha" balas Syifa

"Tu ha yang pakai cap bajet hensem tu. Baju biru tu. Takkan la bakal zauj sendiri tak kenal. Wahahaha." gurau Zie kasar

"Aku tampar kau nak? Dah la jom balik nanti terserempak jadi drama. Malas. Jom jom" jawab Syifa sambil menarik tangan kedua-dua sahabatnya itu.

"Apa yang dia buat dekat sini? Apa ke jauh sangat nak jog sampai Putrajaya. Dekat Shah Alam tu takde tempat riadah dah ke? Ke dia saja datang sini nak jumpa aku? Kenapa aku fikir macam tu? Dia nak kan jawapan untuk lamaran kedua haritu ke? Lamaran kedua?"





Wednesday, November 6, 2013

#2 SAA


Azlin Amna : Assalamualaikum. Hi Zie. Dah dua minggu duduk sini baru ada masa nak inbox kau. Sorry weh. Busy sangat shopping dkt sini :p  Erm, first impression pasal Jepun.. CANTIK SUPERBBBBB! Kau datang la Zie, ajak Ain sekali. Hihi. Kitorang dapat roomate orang Malaysia jugak. Roomate aku baik sangat. Kak Kila je aku panggil dia. Yang lain pun rasanya dpt roomate yang ok je. Program tak pack sangat. Aku suka sangat study trip kali ni. Lecture sikit je, kitorang banyak jalan je!! Kau bayangkan la Zie sebulan kot duduk sini jenjalan jeeeeee. Hehe. Ok lah Zie, aku malas la nak menulis, aku nak merasai keindahan pohon sakura yang ada dekat belakang apartment aku je ni. Jangan jeles Zie. Aku sayang kau. Jangan rindu aku. Bye Zie. Muah muah


Subhanallah, benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta. Ini kali pertama Syifa jejakkan kaki ke bumi sakura dan dia sudah mula jatuh cinta. Exam akhir semester sudah pun berakhir dan Syifa merasakan yang dia sudah buat yang terbaik. Cuma ada 1 paper tu agak kantoi sedikit. Ahhh, yang lepas tu lepas asalkan cuti yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin, di bumi sakura itu. Namun begitu, ada suatu hal yang masih mengganggu fikirannya.. Mama.. Mama.. 


"Jauh menung Azlin.." sapa Kak Kila, roomate Syifa
"Oh, akak rupanya. Saya ingat siapa tadi. Takde lah kak.. Teringat dkt Mama je.."
"Aik, tak sampai sehari dah rindu orang Malaysia.." balas Kak Kila selamba
"Eh tak. Bukan pasal rindu.."
"Habis tu pasal apa? Mind to share?" celah Kak Kila laju
"Ermmm.."
"Azlin, akak dah anggap Azlin macam adik akak sendiri. Even kita baru je kenal 2 minggu tapi akak rasa kita dah lama sangat kenal" Kak Kila cuba meyakinkan Syifa
"Ok lah kak, lin akan cerita. Akak pun dah banyak makan garam daripada Lin kan." Gurau Syifa

_________________________________________________________________________________

"Oh jadi itu sebabnya Lin join study trip ni?" tanya Kak Kila setelah selesai mendengar cerita Syifa
"Bukan lah sebab tu je. Lin memang suka sangat study trip. Ni masuk kali ke-3 Lin join. Tapi tu lah.. Yang tu antara sebab jugak kak " jawab Syifa bersungguh
"Ok, akak tau akak ni takde pertalian saudara langsung dengan Lin. Cuma akak nak tanya. Ada Lin tanya mama Lin kenapa dia nak cepat-cepat kahwinkan Lin?" balas Kak Kila ingin tahu
"Ermm.. tak kak" balas Syifa perlahan
"Mungkin sebab tu Lin tak tenang. Lin taktau sebab kenapa Mama nak buat macam tu kan. Lin cuma assume, you never ask. Mungkin Mama Lin ada reason yang kukuh, sebab tu dia buat macam tu." tutur Kak Kila teliti
"Tapi kak, tak boleh ke dia tanya Lin dulu jangan buat keputusan terburu-buru macam tu" jawab Syifa sedikit marah
"Istighfar Lin.. Sama jugak, tak boleh ke Lin tanya kenapa mama buat macam tu?" Kak Kila cuba menenangkan Syifa.


_________________________________________________________________________________

"Fa, kenapa kau bodoh sangat tak tanya Mama kenapa Mama buat macam tu? Tahu cari salah Mama je, kau pun salah jugak tak tanya. Ya Allah, rasa berdosa sangat. Dah lah larikan diri daripada masalah, tak tanya mama & sedikit sebanyak aku dah sakitkan hati Mama. Ya Allah, apa aku dah buat ni?" getus hati Syifa.


Nur Azielah : W'salam Fa. Amboi kau semenjak jadi amoi Jepang ni terus la lupa aku dengan Ain. Benci aa camni. Haha. Oh btw, aku benci kau. Tak payah la nak bangga sangat dengan bumi sakura kau tu. Boo! Haha. Jeles weh! Asal la aku dengan Ain apply tak lulus. Ok la tu dapat roomate yang best. Fa, nanti balik sini kau wajib jumpa kitorang cerita experience kau tau. Ni la first time kau pergi study trip tapi kitorang takde. Mesti kau rasa kehilangan kan?kan? Weh Fa, stress do. Tadi en cawan yang kau bagi tu pecah tau pastu masa tu Mak aku je ada dekat dapur. Aku marah gell weh. Aku terus masuk bilik hempas pintu bagai. Kau tau tak siapa yg pecahkan sebenarnya? Malique the cat yang pecahkan yg aku dah marah gell dkt Mak aku. Nyesal weh tak tanya baik-baik. Aku ikutkan perasaan sangat. Tapi aku dah minta maaf la dkt Mak aku. Sumpah lain kali aku tobat taknak serkap jarang. Sorry aa Fa kan aku memang suka cerita semua benda dkt kau. Weh, jangan lupa souvenir aku dengan Ain! Nak bunga sakura satu! Haha gurau je. Ok lah Fa, sebelum aku mengundurkan diri, nah aku hadiahkan sepotong ayat buatmu 2:286 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Hehe ni akak usrah aku bagi tadi. Aku tau, bukan senang Fa duduk tempat orang mesti banyak je dugaan yang datang. So, jangan down down kalau kau ada masalah k Fa. Aku ada, Ain ada. Aku tau kau tengah ada banyak masalah. Kau jangan menagih dadah pulak dekat tempat orang Fa. Haha. Ok Fa, aku nak tengok Running Man ni. Babai. Jaga diri Fa jangan tinggal solat.  Sayang kau muah muah. Assalamualaikum


"Zie.. Zie.. kalau tak sentapkan aku tak sah dia ni. Tapi takpelah ada jugak penggera aku time aku lupa. Aduhh.. hal Mama ni tak settle lagi. Bila nak minta maaf Syifa......?"


 
 

Tuesday, November 5, 2013

#1 SAA

*Syarifah Azlin Amna*

Alhamdulillah, lega. Akhirnya permohonan Syifa untuk ke bumi sakura diluluskan. Alhamdulillah. InsyaAllah, selesai exam nanti Syifa angkat berangkat ke sana.

"Lin betul taknak?" desak mama
"Lin taknak ma. Lin baru 2nd year kot. Apa mama ni" jawab Syifa acuh tak acuh
"Tapi dia akan ada kerjaya Lin. Senang Lin nanti" jawab mama tenang
"Hati Lin yang tak senang ma.." ringkas

Syifa nekad untuk hijrah ke bumi sakura atas sebab itu lah. Syifa akan berada di bumi sakura selama sebulan. Memang Puan Sarah bercadang untuk satukan anak gadisnya selesai sahaja Syifa habis exam. Namun begitu, ada sahaja jalan untuk melepaskan Syifa daripada rancangan mamanya itu. Hijrah ke bumi sakura. Ya, hijrah

"Aku baru 2nd year, kenapa mama nak sangat kahwinkan aku cepat-cepat?"
"Bukannya mama tak tahu aku ni orang mcm mana. Masak tak pandai, bangun pagi pun liat"
"Course aku susah kot, assignment pun dahsyat selalu meeting sampai lewat malam. Takkan si Faris tahan dengan aku"
"Yang paling penting, macam mana aku nak bina baitul muslim sedangkan individu muslim belum mantap lagi"
"Mama.. mama.. Apa lah yang mama fikir..."