Sunday, December 22, 2013

#5 SAA

"Lin, turun. Abang sampai dah ni"
"Okay kejap. Lin turun"

Cuti pertengahan semester bermula. Seperti biasa, sekiranya Aiman cuti pasti dialah yang akan mengambil Syifa dari universiti. Aiman, abang kedua Syifa. Abang pertamanya sudah lama tidak dengar khabar berita. Semenjak Puan Sarah memarahinya kerana berkahwin senyap-senyap dia langsung tidak pulak ke rumah lagi selepas itu. Aiman merupakan abang yang sangat protective, abang yang sentiasa ada untuknya.  Tapi oleh sebab mereka jarang sekali berjumpa, seperti ada jurang antara mereka. Janggal bila berjumpa, tak tahu nak cakap apa.

"Abang datang sorang? Kak Maya tak ikut?" tanya Syifa, janggal

"Kak Maya kerja. Abang pun kerja esok ni. Balik jumpa Mama kejap. Katanya ada benda nak bincang. Tu abang balik." jawab Aiman

"Serius nya Mama. Sanggup Abang balik. Bincang dalam telefon kan boleh. Jauh kot" beritahu Syifa satu persatu

"Sebab Lin la Abang balik. Tak sangka eh ada orang tu dah setujuuu" Usik Aiman

"Apa yang setuju? Lin rasa tu yang terbaik. Lagipun bukannya sekarang nak langsungkan" jawab Syifa malu

"Apa yang terbaik? Apa yang sekarang? Orang cakap pasal benda lain. Tak sangka ada orang dah setuju nak ikut Abang pergi Bali nanti" sakat Aiman lagi

"Oh ye kan bila nak ke Bali tu Bang?" Syifa ubah topik

"Ubah topik pulak dia. Haha, InsyaAllah awal bulan 2. Free kan? Ke tak? Ke.." balas Aiman

"Eh free free. Pergi dengan Mama kan. Ok free" Syifa dengan segera mencelah Aiman

"Tapi Lin, macam mana Lin boleh setuju?

Diam. Suasana kembali dingin dek kerana soalan Aiman yang sukar untuk dijawab. Syifa diam membisu. Sepi..

__________________________________________________________________________________

"Assalamualaikum. Anak ibu dah makan ke?"

"Waalaikumsalam bu. Belum, baru je habis kelas ni bu." jawab Faris teratur

"Bila nak balik? Nak biar ibu prepare sorang-sorang?" Tanya Puan Khalida

"Ala bu, sorry. Faris busy sangat bu. Nanti ada masa Faris balik eh" jelas Faris

"Kamu ni lah. Acuh tak acuh je. Nanti tak jadi lagi sekali baru tau." balas Puan Khalida

"Ala ala okay okay nanti kalau tak busy weekend ni Faris balik eh bu." jawab Faris tenang

"Okay, tak balik jaga kamu. Ok lah ibu nak makan. Bye Faris. Oh ye, dkt instagram tu kamu bergambar dengan sapa? Kamu jangan Faris, Lin tengok nanti baru tau." tanya Puan Khalida ingin tahu

"Menyempat je lah ibu ni. Tu lecturer Faris la bu. Ok lah bu, ibu pergi makan eh. Assalamualaikum" jawab Faris dan Puan Khalida pun segera mematikan talian

Bagai langit dengan bumi. Puan Khalida sangat cerewet dalam semua perkara sedangkan Faris merupakan seorang lelaki yang tenang, tenang dalam semua benda. Meskipun sesibuk mana dia, dia masih ada masa untuk ibunya, untuk jemaah, untuk ilmu dan juga untuk kawan-kawan. Menjadi mahasiswa tahun akhir jurusan perubatan Faris tidak pernah merasa dirinya tertekan. Bertuah Puan Khalida kerana ada anak sebaik Faris, taat kepada Allah, taat kepadanya. Satu-satunya anak Puan Khalida, Muhammad Ikhwan Faris.

"Kau sure ni Faris? Korang muda lagi. Adik aku muda lagi. Kau tak grad lagi, Lin tak grad lagi. Kau sure dengan keputusan kau? Aku taknak berhenti tengah jalan. Tu je adik yang aku ada Ris. Aku tak kisah cuma normanya seorang abang sure akan risau. Dengan siapa adik aku hidup, adik aku pakai apa, adik aku pakai apa, semua tu aku kena ambil kira. Ingat senang ke nak lepaskan satu-satunya adik dekat orang lain. Susah Ris.

"InsyaAllah bang. InsyaAllah. Saya lagi risau bang. Apa dia makan, saya tanggung halal haramnya. Apa dia pakai, tutup aurat ke tidak saya yang tanggung. InsyaAllah bang, Allah dah beritahu "Kami tidak beri rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" Bukan dalam hal rumahtangga je, dalam hal lain pun sama. Rezeki, jodoh, ajal, kiamat tu semua rahsia Dia. Saya yakin dengan Allah bang. Mudah-mudahan murah rezeki saya dengan Lin nanti. Abang doa je banyak-banyak utk kami."

Faris teringat akan perbualannya dengan Aiman, abang Syifa. Rupa-rupanya Aiman sudah berjumpa dengan Faris terlebih dahulu. Sebagai seorang abang, mana mungkin Aiman lepaskan tanggungjawab begitu sahaja dan memandangkan cuma dia sahaja lelaki dalam keluarga buat masa ini, dialah yang perlu bertindak dalam apa jua perkara. Puas Aiman cuba provoke Faris namun ternyata bakal doktor itu begitu tenang menjawab semua pertanyaan Aiman. Faris memang luar biasa. Ok, lampu hijau..



No comments: