Friday, December 20, 2013

#4 SAA

Akilah Najwa : Assalamualaikum adik akak! Akak dkt Malaysia now. Jom meet up esok? :)

Azlin Amna : W'salam.Akak! Baru skrg nak contact Lin kan. Esok Lin nak balik U dah kak. Eeee kenapa baru ajak sekarang.

Akilah Najwa : Sorry Lin. Akak dah balik sebulan dah. Akak busy sangat prepare apa yang patut.Tu nak ajak jumpa esok. Nak jemput ni. Hehe

Azlin Amna : AKAK! Sungguh ke ni? Mabrook alaik Kak Kila! Dalam diam je kan dia ni. Tapi macam mana nak jumpa kak?

Akilah Najwa : Esok the whole day akak ada dkt Bangi. Last d&t dengan adik-adik dekat sini sebelum bergelar seorang isteri. Eceh geli pulak kita. Dinner la jom esok? Kalau lewat sangat akak nak tumpang bilik Lin boleh?

Azlin Amna : Ya Allah, boleh sangat. Kita dinner Nim's esok. Nanti Lin tunjuk jalan. Hee. Tak sabarnya nak story mory

Akilah Najwa : Ok dik. Esok jumpa :)

Syifa merasa amat gembira kerana mendapat "IM" daripada Kak Kila, akhawat yang dikenalinya semasa keberadaannya di bumi sakura suatu ketika dulu. Siapa sangka Kak Kila bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat. Syifa pula bagaimana? Puas sudah Puan Sarah memujuk Syifa namun sehingga sekarang tidak membuahkan hasil.

"Lin kena ingat, mama dah tua Lin. Nanti mama dah takde siapa nak jaga Lin. Nak harapkan abang-abang susah la Lin. Masing-masing dah ada keluarga. Bukan mama tak fikir Lin belajar lagi. Mama fikir semua tu. Cuma mama rasa ni yang terbaik buat Lin. Mama taktau macam mana nak convincekan Lin lagi."

Kata-kata Puan Sarah terngiang-ngiang di telinganya. Sungguh, Puan Sarah tidak pernah jemu dalam memujuk Syifa untuk mendirikan rumah tangga.

"Hmm Fa, kalau kau tanya aku yang langsung takde experience ni aku pun taktau la nak kata apa. Cuma jom sama-sama kita baca Surah Al-Baqarah ayat 216 - Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ;  Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. So, kau dapat relate kan now? Aku pun pening. Nasib Mak aku tak suruh aku kahwin awal-awal. Haha"

Begitu pula kata-kata Zie. Syifa pening. Tak tahu bagaimana nak buat keputusan... 

__________________________________________________________________________________

"Jadi, setiap pensyarah cuma akan terima 3 student. So, kalau you guys dah ada topik untuk thesis boleh consult dengan mana-mana lecturer yang you guys prefer. Ok, that's all I think. Thank you"

Syifa kini berada dalam tahun tiga dan baru hari ketiga para pensyarah sudah mengingatkan mahasiswa/i tahun tiga tentang thesis mereka. Makin tua makin sibuk.

"So korang ambil elektif apa?" tanya Zie tiba-tiba sebaik sahaja taklimat thesis selesai

"Aku maybe ambil tourism. Tak sure la. Kau Zie?" jawab Ain tidak pasti

"Aku insyaAllah siber. Sbb 2nd year aku dah ambil IP kan. So nak cari yang related la. Kau Fa?" jawab Zie yakin

"Tak sure. Tak decide lagi. Maybe banking. Entah la. Takde yang menarik" balas Syifa acuh tak acuh

"Kau ok kan Fa? Jom-jom lunch. Kau lapar ni. Jom" jawab Zie segera. Dia tak mahu Syifa dibuai perasaan

__________________________________________________________________________________

"Fa, jangan layan perasaan. Tak baik. Ada masalah, doa banyak-banyak minta dekat Tuhan. Layan perasaan tu lagha je nanti. Aku tau apa yang kau rasa. Nanti kita settlekan sama-sama."

Zie menulis di dalam kertas kajang tentang apa yang ingin dikatakan kepada Syifa. Hal yang berkaitan dengan soal perasaan, rahsia dia lebih senang berutus surat/notes dengan Syifa. Lagi "proper" padanya. Direct dan Syifa pun merasa senang dengannya. Mudah.

"Thank you Zie. Aku tak fikir pun pasal perasaan ke apa benda ke. Aku fikir mama. Apa yang mama cakap ada betulnya. Apa yang kau cakap pun ada betulnya. Apa yang Kak Kila cakap pun ada betulnya. Erm dah lah. Malas nak fikir. Jom cari kes........."






No comments: