Monday, November 11, 2013

#3 SAA

"Korang cantikkan langit?" tanya Zie tiba-tiba

"Fabi ayyi ala irabbikuma tukazziban.." sahut Syifa

"Apa yang Allah cipta takde cacat celanya kan. Gah sangat!" Zie menyambung

"Betul, kita je yang tak tahu macam mana nak appreciate semua ciptaan Allah." Balas Syifa

"Tapi kenapa Ain diam je ni. Ain oo Ain.." Tanya Zie keanehan

Begitulah 3 sahabat itu. Ada sahaja waktu terluang pasti dihabiskan di Taman Botani Putrajaya. Mengamati keindahan alam, sharing session, sesi luahan hati dan macam-macam lagi. Zie lah ketuanya. Walaupun fizikal dan tingkah lakunya yang agak kasar namun Zie tidak pernah lekang dalam memberi dakwah & tarbiyah kepada 2 orang rakan baiknya itu. Subhanallah, bukan senang nak jumpa orang macam Zie. "Ustazah Rockers". Itulah panggilan Syifa buat Zie.


"Ain kau kenapa senyap je ni? Nak kata tengok cerita Korea menipu sangat la tu. Kau kan tengah bersama 2 orang gadis cantik ayu jelita ni." Gurau Zie

"Hmm.. Aku down la. Down gila sekarang." jawab Ain

"Kau dah kenapa ni? Apebenda yang kau nak downkan. Nak kata result teruk setiap sem dekan." balas Zie selamba

"Kau ni Zie cuba tanya baik-baik. Macam nak marah orang je. Ain story la, kau tak pernah macam ni." Sambung Syifa

"Hmm.. Ada orang cakap buruk pasal aku.. Cakap aku tak layak ambil Law lah, rendah-rendahkan aku lah. Dah la aku dengar dia bawak cerita tu dekat orang lain jugak. Malu weh. Malu sangat.

"Siapa yang cakap kau macam tu?! Dia belum kenal lagi Ain Amirah macam mana orangnya. Meh aku cili-cili dia meh!" Balas Zie

"Entah, aku dengar ni daripada orang jugak Zie. Down nyaaaaa" Ain menjawab persoalan Zie

"Hmm, macam mana eh nak cakap Ain. First tak sahih pun kan benda tu. Kau dengar dari orang tak payah la nak down teruk sangat. Kalau tak sahih, lepas tu kau bawak cerita dekat orang kata si fulan tu cerita buruk pasal kau walhal tak pun tu dah jadi fitnah Ain. Kalau betul pun dia kata kau macam tu, dia tak kenal kau pun la. Manusia ni ada 1 penyakit dengki yang teruk gila, mungkin dia jeles kau further Law tapi dia tak. Tu spekulasi aku la. Mungkin jugak dia nak cabar kau supaya kau survive sikit dalam Law ni. Siapa tahu kan Ain. Allah bagi macam-macam dugaan dekat hambanya sebab Dia nak tengok macam mana kita overcome benda tu. Mesti Allah frust bila Dia bagi dugaan lepastu kita terus nak down lah, give up lah. Tak best la macam tu kan. Cuba kita positif, fikir apa yang boleh untuk ubah sikit-sikit mesti Allah suka. Allah suka tengok hamba dia ni ada effort. Beserta doa. Subhanallah perfect! Effort+doa. Kan best macam tu. Apa gelak-gelak Fa? Kau pun sama je. Puii" jawab Zie panjang lebar

"Aku kena pulak. Haha. Tapi betul apa yg Zie cakap tu Ain. Kau chill je. Jangan cepat melatah. Ni baru sikit punya dugaan Allah kasi. Kedepan ni kita taktau apa pulak dugaan yang Allah nak bagi kan. " sambung Syifa

"Elelele pandai cik Syaripah Ajlin kita berkata-kata. Haha. Kau jangan risau Ain, kitorang ada je untuk kau. Allah pun dah lama ada untuk kita semua. Takde benda nak dirisaukan. Takmau lah down down. Nanti takde muka Ji Hyo dah." balas Zie diselangi dengan gurauannya yang tak sudah-sudah

"Thanks korang. InsyaAllah aku cuba ubah apa yang patut. Tapi aku taknak la Ji Hyo. Aku nak Park Shin Hye" jawab Ain

"Kau layak Kim Bong Sun tu je Ain hahahaha. Eh kejap Fa, mamat tu bukan Faris Altantuya ke? Yang tengah jog tu." tanya Zie kepada Syifa sambil matanya tertumpu kepada satu figura lelaki yang sedang berjoging.

"Mana Zie? Tak baik lah kau ni. Haha" balas Syifa

"Tu ha yang pakai cap bajet hensem tu. Baju biru tu. Takkan la bakal zauj sendiri tak kenal. Wahahaha." gurau Zie kasar

"Aku tampar kau nak? Dah la jom balik nanti terserempak jadi drama. Malas. Jom jom" jawab Syifa sambil menarik tangan kedua-dua sahabatnya itu.

"Apa yang dia buat dekat sini? Apa ke jauh sangat nak jog sampai Putrajaya. Dekat Shah Alam tu takde tempat riadah dah ke? Ke dia saja datang sini nak jumpa aku? Kenapa aku fikir macam tu? Dia nak kan jawapan untuk lamaran kedua haritu ke? Lamaran kedua?"





No comments: