Tuesday, November 5, 2013

#1 SAA

*Syarifah Azlin Amna*

Alhamdulillah, lega. Akhirnya permohonan Syifa untuk ke bumi sakura diluluskan. Alhamdulillah. InsyaAllah, selesai exam nanti Syifa angkat berangkat ke sana.

"Lin betul taknak?" desak mama
"Lin taknak ma. Lin baru 2nd year kot. Apa mama ni" jawab Syifa acuh tak acuh
"Tapi dia akan ada kerjaya Lin. Senang Lin nanti" jawab mama tenang
"Hati Lin yang tak senang ma.." ringkas

Syifa nekad untuk hijrah ke bumi sakura atas sebab itu lah. Syifa akan berada di bumi sakura selama sebulan. Memang Puan Sarah bercadang untuk satukan anak gadisnya selesai sahaja Syifa habis exam. Namun begitu, ada sahaja jalan untuk melepaskan Syifa daripada rancangan mamanya itu. Hijrah ke bumi sakura. Ya, hijrah

"Aku baru 2nd year, kenapa mama nak sangat kahwinkan aku cepat-cepat?"
"Bukannya mama tak tahu aku ni orang mcm mana. Masak tak pandai, bangun pagi pun liat"
"Course aku susah kot, assignment pun dahsyat selalu meeting sampai lewat malam. Takkan si Faris tahan dengan aku"
"Yang paling penting, macam mana aku nak bina baitul muslim sedangkan individu muslim belum mantap lagi"
"Mama.. mama.. Apa lah yang mama fikir..."



No comments: