Sunday, September 22, 2013

Alkisah preparation 3 hari



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lebih dua minggu tak update apa-apa. Malas satu hal, takde idea satu hal, internet kolej yang laju pun satu hal. Oh, bilik baru sem ni takde cable dah. Makanya tak boleh nak online puas-puas. Erm, peringatan untuk saya tu (apa matlamat sebenar Ama, ish ish). Tapi baru je lepas beli modem share empat orang. Mudah-mudahan tak lagha. Bukan apa, susah sangat nak buat kerja bila takde internet ni. Sekarang ni semua benda nak online. Assignment, announcement lecturer, blaa blaa (Cliche). Tapi bilik baru best sebab single room, boleh hias cecantik. Kalau ada orang nak tumpang tidur pun takde la rasa tak selesa dengan roomate ke apa ke. Cewahh. Single room best cuma tak best sebab ada cekti. Ish.

Jadi, dah dua minggu belajar. Ye, ingat boleh relaks relaks macam first year dulu ke? First year dulu yela dua minggu pertama tu asyik taklimat je. Ni tidak lagi, hari first dah belajar. First year kali ni kan rajin sangat, rajin singgah library baca buku. Saya dulu rajin singgah library nyembang. Sekarang pun rajin gak, rajin nyembang. Pinjam buku Anson dulu pun, sekadar pinjam jela. Haha. Tapi so far so good la sebab subjek Law kali ni semua best best tak bosan (yelaaa sangat). Belajar Ama, belajar. Aim DL sem ni (konon tapi InsyaAllah, doakan saya ye) hehe.

Ceritanya, minggu pertama hari Jumaat dapatlah emel dari lecturer Islamic Family Law berkenaan tajuk presentation. Okay lah, fine lah kan fair and square bila semua kena present. Sekali tengok dapat group 2nd and 2nd week kena present. Terkejot beghok jugak lah tapi dalam masa yang sama syukur ya amat sebab dapat tajuk yang agak senang (senang kewww?). Kitorang dapat tajuk Khitbah : Peminangan Pertunangan dan Pembatalan Pertunangan. Ya Allah, dah pro kan bab bab tu? Haha, Eh, siapa kata senang? Susah jugak la actually, kena banyak research (kononnnnn).

Syukur sebab dapat groupmate yang okay ohsem semuanya. Ada Malay, Chinese, Indian. Multiracial sangat. Tapi seronok sangat sangat dapat kerja sama-sama dengan diorang. Jujur saya kata, takut jugak at the same time sebab takut miscommunication dengan kawan-kawan yang non-Malay non-Muslim tapi disebabkan judge a book by its cover kan, ha mendapatlah Ama. Diorang okay sangat. In fact, kawan-kawan Non Muslim yang lain pun okay beribu kali okay. Seronok kerja dengan diorang. Macam-macam kitorang (yang Malay Muslim) ni belajar. Diorang yang start buat research pasal Khitbah ni. Saya pulak bajet bajet pro sebab berkait dengan agama sendiri kan. Padahal lepas buat research banyak gila kot yang saya tak faham, tak tahu. Haa, hidup jangan bajet sangat lah. Kalau tak tahu buat tak tahu and awak kena tahu apa yang awak tak tahu Ama. Jadikan pengajaran InsyaAllah

Sepanjang persediaan untuk presentation tu, a bit stress jugak lah. Sebab ada 3 hari je untuk prepare dan ini dikira PBL (lebih kurang projek untuk dapatkan carry marks) which is very important. Memang berdoa sangat mudah-mudahan lecturer consider. Stress, sungguh stress tapi berbekalkan positive vibes orang sekeliling dan kepercayaan sepenuhnya pada yang Esa, saya dan kawan-kawan berjaya jugak mengharungi rintangan yang ada. Kena positif, kalau tak memang stress sampai bila-bila. Kitorang tak tahu macam mana nak buat presentation tu menarik so at last, we decided to create a short film. Short film lah sangat. Berlakon dekat library FUU dengan Taman Cempaka Bangi tu. Ya Allah, bayangkan lah bila pelakon amateur macam kitorang ni belakon banyak kali take! Dengan gelak nya lagi, lupa dialog, taktau apa nak cakap. Fuhhh, cabaran sungguh. Tapi setelah bersengkang mata semua sebuah video yang boleh tahan lawak berjaya dihasilkan. Alhamdulillah

Pada hari kejadian, nervous nya Allah jela yang tahu. Sebab lack of preparation kan. What do you expect 3 days of preparation made a good presentation ke? Blerghhhh, I don't think so. Kitorang divide slide yang kitorang nak present and saya kena present Kritirea Memilih Calon Isteri/Suami : Kufu'. Haa, subtopik ni best sikit sebab pasal pilih pilih calon kan. Kufu' ni sama la macam duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Ataupun sama cantik sama padan. Haa peribahasa lain carilah sendiri. Hihi


Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)

Before present tu ada pulak satu masalah. Video tak boleh play. Seriously panic gila masa tu. Berpeluh, menggigil semua ada. Ingat nak present slide dulu tapi diorang pesan jangan, nanti lari momentum, lari flow. Tapi seriously taktau nak buat apa masa tu. Alhamdulillah ada pakar IT dalam kelas tu (thank you Abang Ritz) for your help. Kalau tak sampai Ramadhan next year pun belum tentu boleh play video tu. Sepanjang presentation saya banyak merapu meraban je, buat contoh sendiri lah, huraikan sendiri sukahati lah. My groupmate really did well. I am proud of you guys. And Alhamdulillah we made it! Alhamdulillah Alhamdulillah Syukur! Ada rezeki kita satu group lagi eh untuk subjek Law yang lain. Hihi

Well, a good presentation perlukan early preparation melainkan awak sangat bagus dalam present present ni (saya memang tak lah). Next presentation kena prepare awal-awal. Tak nak jadi macam sem sem lepas (nyesal tak sudahhhh)

Till we meet again (InsyaAllah)... HAHAHAHA

Assalamualaikum. :D




No comments: