Tuesday, October 11, 2016

Budget Trip to Indonesia Part 1

Assalamualaikum and hello people!

It's been awhile since the last time I updated my blog. Rindu! Geezzzz, dah dua tahun tak update apa-apa tup tup terus nak buat comeback. How are you guys doing? I'm doing just foineeee. Just completed my LLB Alhamdulillah! Will be graduating on November. Dengar-dengarnya on 7th November huhu. Jangan lupa datang bawa bunga sejambak. After all the tears, sleepless nights finally I made it weh. A super hectic journey lah. Aku dah start chambering dan sah-sah lah rindu nak study. It's damn tiring but I hope everything will turns smoothly as planned. Ok, cukup pasal diri sendiri. The main purpose of this entry is in regards to my short yet sweet trip. That was my first tripever! Ramai je yang pelik and terkejut plus tanya tips macam mana boleh lepas ke overseas (lah sangat) since everyone knows my Mom sangat strict bab-bab ni. My answer(s) would be ; 

1) kau kena macam call parents the moment kau nak beli tiket and buat lah dialog "ni ada tiket murah nak pergi xxx ni. murah ni. susah nak dapat tiket murah ni". Tapi make sure lah tiket memang murah ya!

2) make sure dah nak habis belajar. boleh tambah dialog "lagipun dah nak habis belajar dah ni. boleh la mak/ayah" kepada dialog di atas. 

InsyaAllah lepas, make sure inform your parents lah. Parents' blessings tu penting ya adik-adik sekalian. So, aku beli tiket on November 2015. Lama dah and kebetulan masa tu air asia tengah buat promo so why not kan. Jadi, kitorang decided untuk pergi Jakarta for a week. Kitorang purchased tickets for only RM 100 per person pergi balik. Gila taknak kan. Plan asalnya memang nak ke Jakarta saja tapi bila fikir balik lama sangat tu seminggu dekat sana. So kawan aku pun plan balik apa kata pergi Bogor-Bandung-Jakarta. Aku okay je since aku memang noob bab-bab ni. Almaklumlah ni first time naik flight, first time bercuti. Plan asal ada 4 orang pergi tapi since sorang tu dah start chambering so dia tak dapat pergi. Maka, tinggal lah kitorang bertiga je. Oh by the way, meet my travel buddies!
Aini (shawl hitam) & Zati (shawl merah) merah ke tu? haha

Aini ni batchmate law dekat UKM and Zati ni adalah childhood friend si Aini ni. Maknanya masa travel ni lah aku baru kenal si Zati ni. Gelisah jugak lah dua tiga hari sebelum travelling ni sebab risau boleh ke get along dengan orang yang baru kenal. Boleh ke tu, boleh ke ni. Kitorang ada group whatsapp senang untuk bincang apa-apa. Dalam group whatsapp tu memang sembang macam biasa je la but still hati tu risau aje. I even planned to cancel everything sebab risau krik krik tapi bila fikir balik bukan selalu dapat peluang macam ni, so apa salahnya kan. Ha nah kau sekali dah kenal macam dah sepuluh tahun kenal. Setiap hari kering tekak sebab gelak je dengan dua orang ni. Ha over tau kering tekak. 

So now, aku akan ceritakan preparation sebelum start travelling, apa kitorang buat dekat sana, travelling cost and so forth. Nak bagi itinerary macam over sangat sebab aku pun tak pandai since it was my first trip kan. So, aku akan bagi roughly lah apa kitorang buat, mana kitorang pergi etc.

PREPARATION!

1. Passport - Sah-sah lah passport yang paling penting nak travel ni kan. Sesiapa yang dah ada passport tu shouldn't be a problem lah kan and sesiapa yang takda tu better pergi buat. Ni basic kot, semua orang pass kot bab passport ni kan.

2. Boarding Pass - Since Aini adalah mastermind untuk trip ni, so dia lah yang handle bab tiket, boarding pass and so forth. Kitorang check in online so kitorang cuma perlu print boarding pass je la. Bab ni korang lagi mahir kot. So pass la kot kan. Hihi

3. Luggage - Ok, memandangkan kitorang takda amik luggage masa nak pergi so kitorang bawak beg naik kabin je lah. Untuk air asia you boleh bawa 2 beg tau. 1 beg yang besar (boleh tengok ukuran dia dekat website air asia) not exceeding 7kg and 1 lagi it's either beg laptop or handbag or beg yang sesuai lah. Macam aku, aku bawa backpack and sling-bag. Pada aku bawa backpack sangat mudah sebab tak perlu nak tarik2 ke apa ke. Cons dia bahu sakit je lah. Kalau risau beg terlebih 7kg, jangan risau sebab dekat airport ada disediakan penimbang. So boleh lah try timbang dekat situ. Kalau exceed tu pandai-pandai la transfer barang dekat beg kawan yang ringan ke apa ke kan. Sling-bag pun best sebab mudah nak capai apa-apa. So, depends lah dekat korang kan. Hihi

4. Money - Duit yang aku tukar ke IDR hanyalah RM 800 tau. Aku tukar dekat money changer Ipoh je belambak. Masa tu rate dia adalah IDR 1juta = RM314. So okay lah, dapat lah dalam IDR 2.5juta masa tu. Terasa la kaya sebab first time simpan millions kan. Tapi aku spare jugak RM150 (yang tak convert) just in case duit tak cukup masa dekat Indonesia nanti kan. Jangan risau, so far money changer diorang terima je duit kita. Hehe. Okay, ni aku nak bagi tips sikit. Katakanlah korang nak pergi few places dekat Indon kan, korang simpan duit dalam separate envelopes. Contoh macam kitorang pergi tiga tempat which is Bogor-Bandung-Jakarta kan so aku ada tiga envelope. So, bajet-bajet lah berapa yang korang akan spend untuk each places. Memang akan memudahkan kerja, trust me. Aku pun tak ingat dah berapa aku peruntukkan untuk setiap tempat. Pandai-pandai sendiri lah kot nak bajet hihi

5. Universal adapter - Ha yang ni memang kena ada lah kan, korang boleh tengok dekat DIY. Aku tak bawa pun benda ni sebab malas nak beli and Zati kata dia ada lebih, so aku pinjam dia punya je. Kalau korang bernasib baik, ada certain hotel / guests house yang sediakan adapter ni.

6. Face mask - Face mask ni memang aku sarankan korang bawa lah, nak lagi kalau korang yang plan nak naik public transport totally dekat Indonesia tu. Plus, memang ada tempat yang memerlukan korang untuk pakai face mask tu, kejap lagi aku story.

7. Pakaian - Okay, memandangkan kitorang kena jimat berat sebab 7kg je boleh bawa naik kabin. kitorang semua bawa baju yang nipis2 je, yang tak payah iron. Kalau korang plan nak pegi 4 hari 3 malam tu, 2 helai baju pun dah cukup (at least for me). Macam aku haritu, aku bawa 3 helai baju untuk seminggu. Bunyi nya macam ridiculous sebab sikit. Nak kata bawa sikit sebab nak shopping tak jugak sebab aku tak plan nak shopping sangat pun. Tapi, aku membasuh lah dekat sana. Sebab tu pentingnya bawa baju nipis, senang kering kalau basuh. Seluar aku bawa 2 helai jugak haha and yang lain-lain tu pandai2 lah sendiri. Kasut make sure pakai yang paling selesa untuk jalan tu memang penting hihi.

8. Ubat-ubatan - Ha yang ni memang penting! Aku dengar macam-macam cerita daripada orang yang pernah sampai Indonesia ni. Semua pesan jangan makan situ jangan makan sini takut sakit perut. So, sebab tu kena sediakan ubat siap-siap. Bawa lah panadol, ubat sakit perut, ubat cirit, serbuk garam tu and ubat-ubat yang korang rasa perlu. Aku adalah mangsa keracunan makanan jugak masa dekat sana. Nanti aku story.

Since aku dah cerita benda-benda penting sebagai persediaan nak travelling, lepas ni aku akan ceritakan apa yang kitorang buat dekat sana berdasarkan hari. Let's!

JOM TRAVEL!!

Day 1 - 3 Ogos 2016 

Bogor, I'm in Love 

Aku dengan Aini gerak ke KLIA2 sekali since Aini pun duduk Ipoh. Kitorang naik bas YoYo pukul 2.00 pagi. So sampai KLIA2 dalam pukul 5.45 am. Kitorang settlekan solat subuh dulu, rehat kejap lepas tu baru gerak International Departure. Zati tak sampai lagi masa tu. Flight kitorang pukul 9.30 ke 9.50 am macam tu aku tak ingat dah. So, dalam pukul 8 lebih macam tu Zati sampai and kitorang pun proceed lah dengan imigresen kastam semua. Kitorang sampai Soekarno-Hatta Airport Jakarta lebih kurang pukul 12.30 pm waktu Malaysia. Oh ya, Indonesia lewat sejam daripada kita ya. Waktu solat pun masuk awal hihi.

Ok sesampainya kitorang dekat airport, kitorang belum rasa lagi ke-Indonesiaan tu sebab tengok semua orang macam biasa je, macam dekat Malaysia jugak haha. Then kitorang terus menuju ke terminal bas DAMRI dekat luar airport tu sebab kitorang memang plan nak ke Bogor naik bas je. Tambang bas DAMRI Jakarta-Bogor adalah IDR 55 000 around RM 15.00 macam tu. Okay atas bas sangat lah lamaaaaaaa sebab highway sangat lah jammed. Bangun tidur bangun tidur pun tak sampai lagi. Nasib baik bas dia quite selesa. Then around pukul 3.00 pm waktu Indonesia kitorang sampai Terminal Bas Bogor. Ha start sini dah rasa dah ke-Indonesiaannya tu. Turun-turun bas beratur haa orang sebab nak cari passenger untuk teksi. Dekat Bogor ni, kitorang dah booked guest house.Aku booked dekat Booking.Com memang senang. Hostel Bogor nama dia. Owner ada lah emel bagi direction dari terminal bas ke guest house tu. Jadi, dari Terminal Bas tu kitorang pergi dekat Tugu Kujang (area situ jugak) and kitorang naik Angkot 08 untuk ke guest house. Sepanjang perjalanan naik Angkot tu aku rasa aku dengar bunyi hon je. Dia macam don't-know-don't-care-honking-is-ma-fav begitu. Asap tak payah cerita la. Kakak ipar aku siap pesan "enjoy asap while you can". So, kitorang pun stop dekat Jalan Bagaspati, Lapangan. Tambang Angkot dekat Bogor dalam IDR 3500-IDR 4000. So lebih kurang RM 0.90 - RM 1.50 gitu. Ha masa ni memang macam rusa masuk kampung. Kawasan tu macam kawasan perumahan gitu lah so kena berjalan sikit untuk sampai Hostel Bogor tu. Masa kitorang on the way tu sekali ada kereta stop and dia tanya "dari Malaysia ya? Mau ke Hostel Bogor?" kitorang pun ya ya ya. Rupa-rupanya mbak ni la owner guest house tu. So kitorang pun naik kereta and sampai lah Hostel Bogor. Subhanallah landscape guest house dia sangat cantik & unik. So masa tu memang rasa la tinggal dekat Indon. Kitorang booked 2 bilik and harga dia IDR 358,000 untuk 2 bilik tu so around RM 100 gitu la (roughly) untuk 1 malam. Worth it sebab sangat2 selesa and owner sangat lah baik.

Petang tu kitorang just pusing pekan Bogor ingat petang tu nak masuk la Botanical Garden dia kan tapi macam ada yang tak kena masa tu so kitorang bercadang untuk pergi esoknya and since kitorang lapar gila tak makan dari pagi weh so kitorang pun cari la tempat makan. Memandangkan masing-masing taktau nak makan dekat mana sebab takut2 tak bersih ke apa ke, so kitorang pun masuk lah 1 mall ni. Tak ingat dah nama dia. Kitorang decided nak makan dekat food court je lah. Macam yang semua sedia maklum makanan dekat Indon sangat lah murah. 1 set ayam penyet tu lebih kurang IDR 25,000 bersamaan dengan RM 7.00 je macam tu. Sah-sah lah sedap. Dalam mall tu ada jual gadget tau. Ya ampun, sesiapa yang bercadang nak tukar fon ke nak beli tab ke boleh lah beli dekat sini sebab murah ya amat. Kitorang dok compare2 harga fon dekat sana dengan Malaysia memang jauh beza. Huhu

Malam tu seingat aku kitorang ada jugak keluar sebab lapar. So cari la kedai2 runcit yang terdekat. Dekat sini, yang paling famous adalah Alfa Mart & Indo Maret. Dua2 Mart ni macam 7 Eleven & SpeedMart la. Snacks dia murah-murah weh tapi depends jugak la. Bahagia rasa, yelah kalau rasa taknak makan makanan berat, boleh lah beli snacks dekat dua2 kedai ni. Then kitorang balik guest house and rehat je. Bogor sejuk tau, memang best.

Day 2 - 4 Ogos 2016

Farewell Bogor

Subuh pukul 4, ya Allah susah gila nak adapt dengan waktu solat yang awal gila dekat sini. Pukul 6 dah terang benderang and semua orang dah start cari rezeki. Macam tu lifestyle diorang so kitorang belajar sesuatu jugak la. Pagi tu kitorang packing lah kan since tengah hari nanti nak check-out. Pagi tu breakfast dekat guest house je and kitorang minta izin la dekat owner untuk letak barang2 dekat guest house tu dulu sebab kitorang nak pergi jalan-jalan pekan sekejap. Owner tu ok jahhhhh. So pagi tu kitorang gerak la pergi Botanical Garden naik Angkot 08 jugak. Entrance fee dia IDR 15,000 around RM 4.50 macam tu. Oh ya, tu entrance fee untuk locals actually. Kitorang berjaya dapat locals punya harga sebab cakap Indon sikit-sikit. Kalau untuk foreigner rasanya IDR 20,000 ok. Luas jugak la taman ni and bersih. Dalam garden ni kan, sepanjang jalan tu diorang letak batu-batu yang untuk refleksologi kaki tu. Memang best sebab even dalam tu luas and kena berjalan jauh tapi kaki tak rasa lenguh pun. Dalam tu memang bergambar je lah. Korang kena pusing habis tau, kalau tak nanti tak jumpa Istana Bogor. MasyaAllah tabarakallah view dia magnificent sangat! Dalam Botanical Garden tu jugak ada Cactus Orchards so memang cantik lah untuk tangkap-tangkap gambar hehe.





Lepas settle melawat Botanical Garden, kitorang pergi pekan sekali lagi untuk jalan-jalan habiskan masa je. Kekonon nak pergi Gong Factory lah, tapi tapi takde apa pun dekat situ. Dia macam kedai runcit tepi jalan yang gelap. Memang ada buat gong dalam tu tapi kitorang ragu-ragu nak masuk sebab super gelap. So, kitorang pun pergi lah jalan-jalan pekan je. Dekat pekan ni memang boleh tengok macam-macam ragam manusia. Indon ni terkenal dengan street foods, preman. Tau tak preman? Alaa macam Tegar tu. Hehe, memang belambak. Setiap kali kitorang naik Angkot mesti ada je preman tumpang naik and main gitar lah, menyanyi lah. Ye lah, penduduk Indonesia makin ramai, ekonomi tak stable so rakyat memang akan buat apa je untuk dapatkan income. Ni yang aku puji la sebab diorang sangat berusaha untuk cari duit. Mana-mana yang berniaga tepi-tepi jalan tu pun elok je berniaga takde siapa kacau. Sangat-sangat membuka mata. Ni lah untungnya tak guna khidmat supir dekat sana, kitorang memang merasa naik public transport and jumpa ramai orang. Masa jalan-jalan dekat pekan ni kitorang singgah jugak kedai telco untuk beli simkad. Memang wajib ada lah nombor sana untuk orang-orang yang nak budget trip (takyah keluar duit banyak untuk roaming ke apa ke) sebab mana lah tau kot nak check in lambat ke, nak call owner guest house ke, nak tengok map ke kan. So memang wajib! Kitorang dulu guna Axis (kot nama dia). Haha depends lah sebab memang banyak sangat pilihan.

Settle berjalan, kitorang balik guest house untuk ambil barang and check out sebab nak pergi next destination pulak. Masa kitorang nak check-out tu, owner guest house tu tak ada. Anak dia je ada. So, kitorang bye bye dengan anak dia je. Tak habis-habis pesan hati-hati dekat kitorang. Kitorang pun gerak lah ke terminal bas Bogor sebab memang planned nak naik bas jugak pergi Bandung. Tapi yang ni korang kena tanya orang tau sebab bas nak ke Bandung bukan dekat the exact Bogor Terminal tapi kena berjalan sikit ke seberang. So, jangan lupa tanya orang tau! So, bas ke Bandung harga dia IDR 65,000 so lebih kurang RM19.50 gitu lah.

Hi Bandung

Kitorang sampai Bandung agak lewat dalam pukul 4 kot macam tu. Kitorang sampai dekat Terminal Bas Lewipanjang. Dekat Bandung ni kitorang dah booked guest house jugak. Zenrra Guest House nama dia. Dari terminal bas tu, kitorang naik bas Lewipanjang untuk ke guest house. Stop dekat Rumah Sakit Hassan Sadiqin (kot nama dia) then berjalan sikit and sampai. Cumanya guest house tu pun kena masuk ke dalam sikit sebab dia macam dalam kawasan perumahan. Masa kitorang sampai tu, owner guest house tu takde sebab ada hal dekat Jakarta. Mbak Hera nama dia, so far masa aku berurusan dengan dia untuk booking guest house tu dia okay je la. Ye lah tak jumpa lagi kan, so takpe nanti dia dah balik dari Jakarta aku story Mbak Hera ni macam mana orangnya. Since kitorang sampai pun petang and masa tu dah nak gelap pun. Ye, pukul 6 macam tu dah mula gelap. Masing-masing perut dah lapar ni. Kitorang naik bilik and kitorang sangattttttttttt berpuas hati dengan bilik tu. Ada 4 katil single, ada adapter. Boleh dikatakan compplete jugak la bilik tu and sangat selesa. Hilang penat sekejap tengok bilik cantik macam tu. Kitorang rehat sekejap, solat apa semua then kitorang nak pergi cari makan!



Taraaaaa, kitorang makan dekat sini. Banyak tau cawangan dia dekat Bandung ni. Haha, kedai dia tepi jalan je. Mula-mula aku macam reluctant lah jugak nak makan dekat sini sebab takut sakit perut ke apa kan sebab dah selalu dimomokkan dengan pergi-indon-jangan-makan-kedai-tepi-jalan. Tapi kitorang tengok kedai dia bersih and ok plus ramai orang. So, memang okay kot. So kitorang try la. Aku makan Bebek Penyet (Itik), yang diorang masing-masing order Ayam Penyet & Pecel Lele and kitorang add on soto ayam. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah makan itik so saja la nak try. Sekali makan ya Allah MasyaAllah sedap gila weh! Semua sedap, soto dia perghhhhhhhhhh memang rare lah. Kitorang sampai tambah nasi kot. Lapar sangat 1 hal sebab tak makan dari tengah hari, sedap pun 1 hal. Memang best. Harga pun not bad. Dalam IDR 110,000 macam tu bersamaan dengan RM 30++ untuk tiga orang ok. Soto ayam tu kitorang siap repeat order lagi. Memang best, kalau korang datang Bandung sila lah cuba makan dekat kedai ni. Selesai makan, kitorang pun gerak balik guest house. Dalam perjalanan tu jumpa pulak Alfa Mart apa lagi shopping lah snacks ke apa ke. Memang favorite kitorang lah Alfa Mart tu. Then balik guest house and rest! Kena kumpul energy esok nak jalan2! Hehe

Rasa macam dah membebel panjang pulak. Nantikan Budget Trip to Indonesia Part 2 yang lebih menarik sebab aku akan cerita pasal Mbak Hera, apa yang best and shopping dekat Bandung, last minute tukar plan, keracunan makanan, apa yang ada dekat jakarta and so forth. Aku dah penat menaip. Thank you for reading. Assalamualaikum & bye guys!



No comments: