Saturday, August 17, 2013

Sharing is caring :)


 Assalamualaikum wbt dan salam hujung minggu semua

Alhamdulillah, Allah swt masih beri ruang dan peluang untuk hirup udara segar dekat bumi Dia. Lama sangat tak update blog dek kerana malas dan komitmen lain yang tak putus putus. Aiceh, macam yb pulak kita kan. Hehe. Terpanggil untuk update blog atas sebab musabab tertentu. Biarlah kita sorang je yang tahu. Kenapa guna kita? Sebab rasa cute dan muda, kalau saya nanti skema sangat leww *tersipu malu sampai minggu depan. Eh, apa apa je lah. Banyak sangat insiden yang berlaku sepanjang blog ni tak ber update. Terlalu banyak. Kalau nak cerita sampai habis final year pun belum tentu selesai ceritanya. Hehe. Jadi, Alhamdulillah atas segala nikmat ini ya Allah. Everything went well, syukurrrrrrr :)

Al kisah pertama nya, lega ya amat selepas dapat result sem haritu. Alhamdulillah, nak dekan tu jauh sekali. Dekat dekat pun jadi lah tapi takde lah dekat mana. Cukup untuk memuaskan hati sudah leww, dengan usaha yang entah ke mana. Syukur, rezeki Ramadhan orang kata. Hihi. Kalau nak ikutkan, carry marks untuk setiap subjek tidak begitu memuaskan. Dengan insiden tayar kereta flat nya, Mango eksiden nya, dapat G2G nya untuk PBL Contract tak lupa jugak kena pergi Federal Court yang susah gell tu. Tuhan je lah yang tahu betapa seksanya, sedih dan pedihnya kitorang menghadapi dugaan tu tapi ye lah, setiap benda yang berlaku ada lah hikmahnya kan. Allah banyak sangat sangat tolong. Terima kasih Allah. *nangis

Al kisah kedua nya pasal iftar dengan kawan kawan sekolah. Tuhan je yang tahu macam mana susahnya nak plan benda ni betul betul. Siap tarik tarik tudung dalam wasep. K tu tipu je. Haha, susah sangat sebab semua perempuan kan. Mostly takde transport, parents tak bagi, jaga anak. Eh, jaga anak tu tipu lagi. Hiks. Memang ada je halangan nya. Nak makan dekat steamboat lah, potluck lah. Last last, kitorang beli je makanan dekat bazar Ramadhan Teluk Intan tu, bawak balik homestay makan ramai ramai. Lagi syiokkk. Oh, homestay yang kitorang duduk tu super selesa! Lengkap semua dengan bilik berkatil, pinggan mangkuk periuk belanga semua lengkap. Memang mengimbau memori betul laa dekat bazar Teluk Intan tu. Haha. Selesai iftar dengan solat maghrib, kitorang plan nak tarawih dekat sekolah. Woahhhh! Alhamdulillah, tercapai jugak cita cita. Tapi masa tu budak budak balik rumah so yang tinggal ada la berapa ketul je. Jadilahhhhh. Hehe. After tu sempat la ke Teluk Intan berjalan jalan then balik homestay. Sebelum tidur jiwa masing masing diisi dengan ilmu yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah terima kasih Allah untuk malam itu. Siapa sangka kitorang dulu buat jahat sama sama lepas tu dapat kumpul sama sama lagi untuk sesi tarbiyah. Terima kasih kawan-kawan untuk sharing session itu. Ayat paling best malam tu "Kita gather ramai-ramai macam ni, takkan taknak gather dekat syurga nanti kan?" Sebak. Sayang semua. Hihi


1 je gambar iftar. Jadi lah kan asalkan ada. Semua mengembang lepas habis sekolah. Bese bro!


Al kisah ketiga nya pasal konvoi Raya pulak. Haa yang ni lagi berganda susah nak plan sebab rata rata kitorang cutinya sikit lah, takde dekat rumah lah apa lah. Tapi nak tak nak, perjalanan mesti diteruskan. Haha. Ada lah dalam 6,7 orang yang join. Jadilahhhhh. Sempat singgah rumah kawan yang nak hijrah ke negara orang. Ada sorang tu fly malam ni ke US. Imannul Hakim, jaga diri naa dekat tempat orang. Belajar pandai pandai jangan lupa org mesiaaa. Huhu. Seronok dapat jumpa je sebenarnya. Pergi rumah Cto, Jemee, Mira A. Rumah last haruslah rumah Amirah Haron. Port paling best nak amik gambar sebab suasana rumah dia kampung sangatttt dan menenangkan. Hiks. Dah habis ambil gambar, kitorang pun masing masing nak balik sebab memang plan nak sampai rumah before Maghrib. Jadi, Alhamdulillah untuk hari itu. Seronok angat angat!!


1 je gambar konvoi. Jadilahhhhhhhh yedak?



Alhamdulillah untuk semua perkara yang terjadi. Oh, masih belum lambat kan nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam seluruh duniaaaaa. Dikesempatan ini, nak minta maaf atas semua khilaf yang pernah saya lakukan sama ada secara sedar ataupun tak sedar. Mudah mudahan dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.  Jemput lah datang rumah hehe


Dalam kita beronok ronok sambut Syawal dekat sini, apa kata pinjam dua minit untuk sama sama hayati apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Allahurabbi, saudara seagama kita sedang bermati matian memperjuangkan agama. Betul, kita tidak terpanggil untuk sama berjuang dekat sana tapi apa kata kita kirimkan doa buat mereka. Mudah mudahan Allah bantu. InsyaAllah :)
 
sumber : MesirKini

sumber : MesirKini

Amin ya Rabb.. 

September ni ramai kawan kawan sekolah yang nak fly. Sedihnyewww :(


Sampai ketemu lagi. Assalamualaikum 






No comments: