Sunday, June 17, 2012

Dia insan bergelar Ayah

Assalamualaikum and happy Sunday everyone *kenyit mata




Ok gambar tu bukan kes nak promote apa2 tau, Memandangkan hari ni 17 June 2012 bersempena dengan hari bapa so aku macam teringin nak buat 1 entry pasal hari bapa. Kenapa gambar superman? Sebab superman adalah salah seorang daripada superheroes & ayah aku adalah superhero yang paling kuattttttt! Yesss! Kuattt! Okay, maaf over ;)

Yeap, aku memang anak ayah! Takkan lah aku anak jiran sebelah rumah pulak kan. Ayah selalu backup aku dlm apa2 benda pun. Semua benda yang aku nak, mesti ayah bagi. Kalau dengan mak, bukan nya tak dapat cuma faham2 lah kan. Mak ni sifat berjimat dia sangat lah tinggi. Nak pulak, aku anak perempuan tapi sebab aku satu-satunya anak perempuan laa ayah akan consider banyak dengan aku. Aku darjah 2 lagi ayah dah bagi guna phone. Haaa, kau hado? Sebabnya, aku duduk sorang2 dekat rumah selepas balik sekolah plus plus dekat rumah takde telefon. Tengok, kecik2 dah pandai berdikari.

Aku memang manja tahap apa taktau dengan ayah. Apa2 pun mesti aku akan cerita dekat ayah, sbb ayah penguat aku. Hehe. Once, rumah aku takde internet, ayah aku sanggup teman aku pergi cc. Bukan takat teman sampai luar pintu, ayah aku siap duduk sebelah aku lagi dalam cc tu. Bebudak yang main game dlm tu semua kecut je tengok ayah aku sbb ingat ayah aku polis. Ada jugak yang ingat ayah aku cikgu sebab ayah aku sangat lah kemas dan tegas orangnya. Tegas di mata orang lain je laa. Dengan aku? Pirahhhhh, HAHA. Tapi kalau sekali ayah dah explode, memang macam incredible hulk kate ko. Ayah sgt seram kalau tengah marah.

Aku dpt SBP, ayah laa orang yg palinggggggggg happy. Ye lah, siapa tak happy kan. Okay, belagak. Untuk pengetahuan semua, sampai form 1 ayah still peluk cium aku lagi. Even aku maluuuuu sgt, tapi pedulik hape. Ayah aku kan. Aku pun suka gigit perut ayah aku, sbb ayah memang geli tang perut. Kahkahkah. Kelakar laa ayah.

Bulan 4 mcm tu, time aku form 1 ada cuti hujung minggu macam tu. Ayah mengadu sakit perut. Pada kitorang, benda tu takde pape kot sebab ayah memang suka sakit perut laa, sakit kaki laa. Tapi time tu entah kenapa ayah nak pergi check. So, aku mak dgn ayah pergi private clinic. Aku dengan mak tunggu dlm kereta je time tu then ayah selesai check ayah masuk kereta. Kebetulan aku tgh tidur tapi aku dengar sikit2 laa apa yang ayah cakap pasal verdict tadi. "Abang ada cancer". Dengar je mcm tu, aku terus tutup mata rapat2 *taknak dengar

Start hari tu, ayah ulang alik hospital selayang utk buat endoscopy, ala yg masuk mcm kamera dalam tekak tu. So, memang sahih ayah ada pancreas cancer stage 4. Start daripada tu, ayah mcm hilang semangat. Tak bercakap, tak apa, tak itu, tak ini. Mak memang cekalkan hati. Cuma, aku sedikit terkilan sebab ayah dah tak cakap dengan aku. Ada 1 hari tu aku letak kepala atas riba ayah, ayah cuma tepuk2 je kepala aku. Sedih kan? Memang jatuh ditimpa tangga betul 2 3 bulan tu. Bulan Jun dorm aku terbakar pulak, sangatlah dugaan. Ateh amik aku balik sbb ayah aku masuk hospital lagi sekali.

Makin teruk, ayah aku kena warded dkt hospital kuala lumpur. Sepanjang ayah aku dekat hkl, memang aku banyak kali balik rumah. Time tu keadaan ayah memang diluar jangkaan laa. Ayah kurus, sama macam dia muda-muda dulu. Doktor tak boleh nak bagi ubat apa2 kecuali morphine. Morphine tu untuk tahan sakit je. Ada satu malam tu ayah mengerang sakit2 sampai masuk bawah katil, baring atas lantai. Korang boleh bayangkan tak mcm mana keadaan aku dgn mak? Doktor pun selalu pesan, tutup sliding door dekat beranda tu sbb takut ayah keluar. Ada 1 hari tu ayah mintak aku air sedap, so aku pergi laa mini mart hkl tu beli ice blended. Time tu aku sedih sangat sebab org ckp kan kalau org tu dah mula mintak makan sedap dia dah tak lama. Aku pun ada ckp dkt mak in case jadi apa2, aku dah xnak duduk hostel. Tapi mak tak bagi. Hmm. *sigh

Ayah tak lama dekat hkl, then ayah kena warded dekat paliatiff care unit dekat hospital ipoh. ward tu tempat org yg dah takde harapan. Nasib baik time tu aku cuti, so aku tlg mak uruskan apa yg patut. In fact, aku tambah cuti seminggu sbb keadaan belum stable. Ada 1 hari tu, aku suruh ayah makan ubat lepas tu ayah cakap "Kome selalu tipu ayah" Sentap aku time tu, dengan mengenangkan mata and kulit2 ayah yang dah naik kuning sbb infection pada hati pulak. Ayah dah berkerusi roda time tu. Aku watcool je lagi, lepas tu aku cerita dekat mak and mak suruh aku sabar je.

Ada 1 hari ahad tu, aku kena balik hostel. Sebab dah lama sangat aku cuti. Time tu ada piala apa eh? Aku dah tak ingat tp lower form je terlibat. Petang Isnin tu aku nampak macam kereta mak masuk kawasan aspuri. Kakak dorm aku, Kak Nik offer utk teman aku tengok tapi bukan kereta mak aku pun. So, takde ape laa. Esoknya, aku takde rasa apa pun. Malam tu, lepas al-mulk ada announcement nama aku suruh pergi bilik warden, emergency katanya. Then, cikgu farrah cakap ayah aku tenat and sepupu aku yang amik.

Aku memang tak ingat mcm mana keadaan aku masa tu. Dalam kereta, sepupu aku tak cakap apa2 pun cuma nak dekat sampai rumah, dia suruh aku bersabar. Aku sampai rumah, kereta dah banyak orang pun ramai. Pukul 12 mcm tu masa tu. Aku masuk rumah semua orang tengah baca yasin. Aku dah syak, tapi aku still cool je. Aku nampak ayah aku dah terbaring, muka dah kena tutup. Masa tu aku tak tahan. Mak cakap ayah pergi pukul 10 mcm tu tadi. Yang sempat menatap ayah sebelum pergi cuma Abang Long je. Mak cakap mungkin organ dalam badan ayah dah pecah sbb ada liquid merah keluar dari mulut ayah sebelum hembuskan nafas terakhir. Ayah pergi dgn mudah sekali and masa tu fizikal ayah sebijik macam masa dia muda2 dulu. Kurus je.

Sejujurnya, aku sangat terkilan sebab sepatutnya aku tak perlu balik hostel Ahad tu tapi takdir Allah dah tertulis mcm tu. It takes time to heal, seriously. Form 4 baru aku fully recovered tu pun aku touching sikit kalau orang cakap pasal ayah ni. Time majlis khatam al-quran kitorang yg anak yatim ni dapat sumbangan daripada pihak sekolah, memang sebak sgt masa tu. Sangatlah sakit bila orang yang paling kita sayang pergi untuk selamanya tapi ajal itu pasti. Aku redha atas pemergian ayah.

Kalau ayah masih ada, dia mesti bangga tengok anak2 dia dah berjaya sampai tahap macam ni, pasti! Aku tahu, even ayah takde pada pandangan, tapi ayah dekat je dengan aku. Kami anak-anak ayah takkan berhenti mendoakan kesejahteraan ayah bersama orang-orang yg beriman di sana. Nina nak mengucapkan selamat hari bapa buat ayah tersayang, Encik Ahmad Nazeri. Walaupun ayah tiada untuk membaca, tiada untuk mendengar, tiada untuk melihat tapi ayah tetap ayah. Tiada pengganti ayah, itu pasti. Nina akan berusaha menjadi anak yg baik dan solehah supaya doa2 Nina untuk mak dan ayah diperkenankan. Kejayaan kami, adik-beradik hanya untuk Ayah & Mak. Nina sayanggggggg ayah sangat2 :')


Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih kekal di dunia,
Doa anak yg soleh dan solehah peneman mereka di sana nanti, beringatlah :)





3 comments:

Anonymous said...

dlu kt skola xnk plak tulis krngn pnjg2..haha

Amalina said...

bm aku a+ eh. kbai

dzul ammar said...

piala junior.. time lower form tuh.