Friday, November 9, 2012

Ada apa pada minggu SPM?

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh barakah semua!

Ya Allah, Subhanallah lama sangat tak update blog. Lama yang tak boleh dikira dengan jari. Maaf lah hiperbola sikit semenjak dua menjak bermenjak-menjak ni. Jadi budak Law ni kena hiperbola selalu *penipu. Aku bukannya takde masa nak hadap laptop sambil meliuk lentokkan jari jemari di atas keyboard untuk meng-update blog cuma aku malas dan takde idea. So, memandangkan aku tengah cuti mid sem (aku marah sebab cuti seminggu je) , so aku pun teringin la nak merajinkan diri update entry baru gitohhhhh. Terlalu banyak assignmentsssss untuk disiapkan tapi the first 2 days macam tu aku nak berjimba kejap. kejap jela tak lama. KOT YEEEEE. Keep Calm and Date a Lawyer *tetiba.

Oh yes, sebelum jari jemari giat menari, aku rasa belum terlambat aku nak mengucapkan selamat maju jaya buat anak2 yang tengah ada gap seminggu sebelum mereka meneruskan perjuangan dalam peperiksaan SPM (gaya dr. fadhilah kamsah) especially buat adik-adik semesti. Saya yakin dan percaya kalian bisa melakukannya. "saya yakin dan percaya" is too mainstream for us. Cuba teka kenapa? Hiks..... Okbai. Jangan layan aku, jangan jangan.











first foremost, comel kan Mawi? Ketua Umum 2010 tau. Malangnya entry ni bukan pasal mawi. Jika entry ni pasal Mawi, sudah tentu akan kuselitkan bait2 Mawi melarang classmatenya makan dalam kelas. Hiks. Okay kenapa aku tunjuk gambar2 ni kenapa? Korang rasa kenapa? Korang rasa bila gambar2 ni aku amik? Bilaa haa bilaaaa? Annoying lah Ama ni. Okay, gambar2 ni time minggu SPM 2010. Tu tak nampak ke pegang henset watlek watpis je tu? Kalau bukan minggu SPM, aku dah sorok fon tu dalam serkup tudung okay over. Okay, jom cekidaut gegambar lain





aku nak mintak maaf dekat kawan2 batch sebab letak gegambar korang yg kontroversi ni. Hiks. Tiada minggu lain yg lebih menyeronokkan selain minggu SPM dan minggu orientasi. Okay orientasi tu tipu. Sebab apa aku cakap mcm tu? Kalau hadek2 nak tau kenapa, jadi form 5 cepat2. Kalau hadek2 tengah form 2,3 macam tu boleh la mintak dkt guru kanan/pk hem yg korang nak jadik form 5. (ko ingat lawak ke ama). Berikut merupakan rizen wai ai lef spm wik. *wink

1. Bebas melakukan segalanya kecuali mandi di khalayak ramai
Okay, ni tidak dinafikan yang minggu SPM memang minggu yang amat keterlaluan bebas nya. Ye lah, dah bukan waktu sekolah kan. Fon memang siap boleh gantung dekat tengkuk. Bluetooth lagu memang tak payah cakap la. Sama jugak dengan bluetooth gambar2. Tak lupa tengok video kpop from phone Jiha sebab screen phone dia besarrr. Huhu. Selain daripada isu telefon, isu skuba panjat tangki keluar malam turut digambarkan isu yg menarik ketika minggu ini. Selebihnya aku taknak cerita. Korang kena experience sendiri. *buat muka belagak

2. Restu ilmu dengan kawan batch 
Okay kalau tang restu ilmu ni otometik jadi cedih. Macam time aku restu ilmu dulu, kitorang buat bulatan mula2 peluk cium dengan kawan2 perempuan lepas tu sesi bermaaf-maafan dengan kengkawan laki-laki. Biasa lah dah nama pun restu ilmu kan, background music nak sedih aje. Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci *lap lap air mata . Time tu memang sedih la. Yelah, faham-faham lah kenapa. Engko duduk 1 hostel dengan kawan engko 5 tahun tapi engko takde perasaan bila nak berpisah bukan homo sapien lah namanya tu. Okay, mood sedih dtg balik.

3. Masa yang diluangkan bersama kawan-kawan
Boleh dikatakan, masa yg terluang dengan kawan2 time minggu spm sangatlah bermakna. Tu ada dalam gambar tu, nampak tak kitorang main tuju kasut? Time tu aku tak ingat siapa menang tapi time tu aku kurus lagi. Okay takde kaitan. Rasa silaturrahim gila time tu sebab lepas ni takde dah nak menggila bersama kan. Makan sama-sama, keluar tengok kabus pagi sama-sama. Time tu rasa mcm ada dekat obersi tau. Study sama-sama. Time tu masing2 main peranan utk tolong kawan2 dlm study sebab nak berjaya sama2. Mentor sangat gigih nak tlg kitorang semua. Pendek kata, semua yang kitorang nak buat mesti bersama. Ya Allah, kangen bangettt. 

4. Souvenir :p
Yang ni macam dah jadi adat pulak bila tukar2 souvenir dengan kawan2 batch. Lepas tu pergi belakang dm, lepas tu nazirul rekod video detik2 tukar souvenir. Trettttttt. Tukar2 jersey tu memang dah biasa sangat. Belum spm pun dah tukar jersey dah. Tau2 ada je dekat aspuri tu jersey kaler merah hitam lah, kuning hitam lah. Haha. Tapi pada aku, tukar souvenir ni untuk tanda kenangan gitohhh. Aku harap Anip masih simpan keychain kekura yang aku bagi. 

5. Hari-hari terakhir.....
Yang ni sedih sebab bebudak tekno habis je exam kemis diorang balik sebab ada gap seminggu. Makanya tinggal kitorang yg bebudak bio ni. Aku teringat aku peluk fatin macam orang gila, menangis sampai gugur semua bulu mata. Paper 3 bio petang tu, si Arep tak habis2 tengok jam. Haha. Hanya Allah je yg tau mcm mana rasanya time tu walaupun Paper 3 tu aku buat eksperimen sendiri. Habis je paper, invigilator bagi ucapan sikit2. Dan2 time tu jugak bebudak lelaki main sign sign baju sekolah. Ya Allah, rindu nya saat bila kawan2 semua happy exam dah habis. Malam tu, bbq dekat aspuri habis je bbq kitorang jalan2 sekitar sekolah, lepak dekat court volley and sembang for the last time. *lap air mata lagi.

Esoknya, pagi tu hujan seolah-olah memahami isi hati semua penghuni. Ramai yg balik pagi. Aku balik tengah hari. Masih ingat rambo menari bad girl good girl depan aku dekat E6 time aku makan nasi lemak pemberian pak abu. Berjurai-jurai air mata gugur ke bumi. Touching sangat, yela mana taknya Suzy MissA tengah menari depan aku kot. Huahua. Aku tolong Jun bersiap, dia nak keluar. So, tak sempat jumpa before balik. Sekali lagi, air mata berjuraian time salam peluk cium kawan2 yg still ada dkt aspuri. Hmm, menggamit memori


Banyak sangat kenangan minggu SPM ni. Amirah Haron tidur time esok nak exam Physics boleh dijadikan kenangan. Begitu juga Anne dgn Deven belajar sejarah dalam fon, kenangan jugak tu. Ama dapat rantai silver pun kenangan jugak tu. Tretttttttttttt. Makcik dm masak nasi lemak last exam dulu pun kenangan jugak. Tak boleh dikira tau kenangan ni.

Buat adik2 yg tengah spm, hargailah masa2 terakhir dengan kawan2 sekolah. Even minggu spm tu macam tersiksa sikit tapi korang akan rindu sangattttt! Rasa macam nak pulang ke masa lalu kecuali time hari amik exam physics. Aku taknak dah exam physics. Best sangat minggu SPM. Hargailah ia *iklan bersama mu

Buat kawan-kawan Batch 23, walau dimana saja kalian berada, kalian tetap dua tiga, tetap kalian yg sama. Semoga Allah swt memberkati perjalanan kita sekarang dan selama-lamanya.